Bagaimana Gaya Rosmah Di Kelantan?


Sah, BN akan bertanding di Manek Urai. Najib dan Muhyiddin seirama. Kekosongan ini kerana perlembagaan, kerana itu mereka masuk. Di Penanti mereka protes PKR tapi di Kelantan mereka tak pandai pula untuk memprotes.

Tumpuan pilihan raya kecil biasanya adalah calon. Diyakini Pas tidak bermasalah mencari pengganti Ismail. Pas Kelantan memang kaya tokoh.

Cuma satu perkara yang sedang saya fikir. Apa isu yang akan BN bawa untuk kempen di Kelantan?

Apa isu Kelantan yang BN boleh guna?

  • Rasuah, salah guna kuasa? Tidak terdengar pimpinan kerajaan Kelantan diseret SPRM.
  • Kelantan mundur? Apa yang ada di Kelantan, ada yang tidak ada di Pahang.
  • Rakyat Kelantan miskin? BN boleh rujuk kepada Bersamamu TV3.
  • Perbalahan kaum? Pengerusi Kelab Penyokong Pas adalah orang Kelantan.
  • Jenayah? Polis boleh sahkan kedudukan jenayah indeks di Kelantan.
  • Diskriminasi gender? Najib dengan Muyiddin sudah acap kali melawat Pasar Siti Khadijah.
  • Pendidikan mundur? Kelantan ada Nik Nur Madihah.
  • Air Sungai Kelantan macam teh tarik? Sungai Gombak juga tidak ketinggalan.
  • Pelancong tak datang ke Kelantan? Maklumat boleh diperolehi daripada MAS dan Air Asia.
  • Nafikan majoriti 2/3 DUN Kelantan? Mustahil sebab pilihanraya kecil satu kerusi saja.

Kalau Najib nak pakai isu MB Kelantan tak pakai kot dan tai, itu sangat relevan. Dan, saya percaya Najib pun tak akan pakai kot dan tai bila berada di Kelantan sepanjang tempoh kempen ini.

Saya sedang cuba gambarkan, macam mana rupa dan gaya Rosmah bila berkempen di Kelantan? Kalau Eli sanggup berbaju kurung dan bertudung separuh, Rosmah macam mana? Rasa-rasanya Rosmah akan dapatkan khidmat perunding imej.

Harap-harap juga Khairi akan terus bertungkus-lumus membawa anak Kelantan di Perantauan untuk balik mengundi.

No comments

Powered by Blogger.