hujjah sebenarnya taktik umno untuk memerangkap pas! tapi zahid pengecut!

Zahid Hamidi tiba-tiba menarik diri dari berdebat dengan Dato Husam Musa di TV9 di atas tajuk "Politik Wang".

Rancangan asal UMNO adalah mereka mahu menggunakan pendedahan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS untuk memburukkan imej Husam Musa. Ini kerana mereka tidak mahu Husam Musa menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS kerana mereka mempunyai calon idaman kalbu mereka yang tersendiri. .

Namun, setelah kelihatan bahawa tuduhan politik wang itu hanya omong-omong kosong, UMNO telah mengubah taktik mereka dan membatalkan keseluruhan debat tersebut. Taktik mereka nampakknya sudah "backfire" dan calon idaman kalbu UMNO tidak dapat dibantu dengan kaedah ini.

Koordinasasi Yang Begitu Licik

Zahid Hamidi adalah tokoh yang terkehadapan sekali di dalam usaha membawa PAS masuk Barisan Nasional. Beliau lah yang kerap dijumpai oleh tokoh2 fraksi UMNO dalam PAS. Kesemua yang terlibat dalam usaha membawa PAS masuk UMNO telah berjumpa dan berbincang dengan Zahid Hamidi.

Jadi, yang saya nampak, tuduhan politik wang itu datangnya dengan "timing" atau pada masa yang cukup sesuai dengan jemputan ke debat TV9 itu.

Timing yang cukup tepat itu hanya digagalkan dengan respon yang dibuat oleh Dewan Harian memanggil orang yang menuduh untuk membawa bukti. Perancanggannya adalah supaya isu ini masih terawang-awang dan apabila Husam di tanya tentang isu ini di persada nasional, tentulah Husam Musa tidak boleh menjawab kerana menjaga air muka KEtua DEwan Ulama.

Namun Allah SWT Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Percubaan memburukkan Husam Musa gagal segagal-gagalnya. Lantaran, terpaksalah Zahid Hamidi menarik diri lantaran ketiadaan modal lagi untuk memburukkan Husam Musa.

Kita semua tahu, Husam Musa adalah calon Timbalan Presiden yang dibenci oleh UMNO. Dibenci sangat-sangat kerana sekiranya Husam Musa menang, hayat UMNO boleh dikatakan telah berada di penghujungnya.

Maka, terpaksalah UMNO berkonspirasi dengan Fraksi UMNO untuk memfitnah Husam Musa. Ada penulis telah diupah untuk memburukkan Husam Musa dan akan menyebarkan buku beliau sewaktu Muktamar nanti.

Debat politik wang di TV9, Zahid Hamidi tarik diri
M Faqih
Tue | May 26, 09 | 4:56:22 pm MYT

KOTA BHARU, 26 Mei (Hrkh) - Mengejutkan. Beberapa jam lagi menjelang perdebatan di antara dua tokoh Umno dan PAS, tiba-tiba Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik diri.

Sepatutnya jam 9.30 malam ini berlangsung perdebatan tokoh berkenaan dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pada program Hujah yang dikendalikan Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof di TV9.

Mereka bakal memperkatakan isu politik wang.

Namun petang ini pihak TV9 memaklumkan Zahid menarik diri daripada menyertai program tersebut. Sedangkan jutaan rakyat sudah beberapa hari menunggu bagi mengikut program suka ramai itu.

Husam berkata, pengurusan TV9 telah memaklumkan mengenai keputusan Menteri Pertahanan terbabit membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu.

"Saya merasakan tajuk yang akan dibincangkan mengenai politik wang amat mustahak dan relevan dalam situasi sekarang.

"Dan rakyat keseluruhannya amat ternanti-nanti untuk mendengar buah fikiran Dato' Seri dan juga dari saya selaku wakil dari PAS untuk menangani permasalahan politik wang," katanya dalam surat yang dihantar kepada Zahid di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Menurutnya beliau memandang berat keputusan dibuat Zahid membatalkan kehadiran dalam rancangan Hujah malam ini.

"Saya memohon agar Dato' Seri dapat mempertimbangkan keputusan tersebut supaya saya dan Dato' Seri dapat sama-sama mengupas dan berbincang mengenai politik wang," ujarnya.

Oleh itu beliau memberi tempoh sehingga jam 7.30 malam ini untuk mengesahkan kehadiran dan ikut serta dalam rancangan tersebut.

Salinan surat tersebut juga dihantar kepada Penerbit Eksekutif Rancangan Hujah TV9, Noraini Tahir. - mj _

http://www.malaysiawaves.com/2009/05/kempen-terbaru-umno-untuk-pemilihan-pas.html

No comments

Powered by Blogger.