kepada orang machang. anak pemimpin mana ni? cuba teka?

Anak pemimpin politik bahagian Machang ditahan polis

MACHANG: Polis menahan anak lelaki seorang pemimpin politik bahagian Machang dan merampas 1,056 biji pil kuda dan 120 biji pil Eramin 5 bernilai hampir RM50,000 di dalam kereta miliknya dalam satu serbuan di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Daerah Polis Machang, ASP Loo Lian Lay, berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada jam 1.30 pagi sebaik keluar dari rumah rakannya di sini dan berada di sisi kereta itu.

"Tangkapan dibuat sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Machang," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut polis mendapati dadah itu dibawa dari negara jiran untuk pasaran tempatan terutama di sekitar daerah ini.

"Kita siasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati," katanya. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.