Konsert Search di Terengganu ditunda

KUALA LUMPUR: Konsert Search Di Awan Biru di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu yang sepatutnya diadakan esok ditunda kepada 29 Mei.

Pengarah Jelajah Konsert ini, Radin Shamsulkamar dalam kenyataannya berkata, Search dan Art-Is At Work Sdn Bhd memohon maaf kepada semua pihak di atas pembatalan tarikh konsert atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Bagaimanapun, bagi pemegang tiket Konsert Search Di Awan Biru yang ditunda pada 22 Mei ini masih boleh digunakan untuk konsert pada 29 Mei nanti.

“Tempat dan masa konsert ini diadakan tidak berubah,” katanya.

Kuala Terengganu adalah lokasi keempat Konsert Search Di Awan Biru selepas Seberang Jaya, Pulau Pinang; Johor Baharu, Johor dan Jengka, Pahang. Selepas Terengganu, Search akan meneruskan konsertnya di Kota Bharu, Kelantan pada 5 Jun depan.

No comments

Powered by Blogger.