Lima tawar diri tawan Penanti
Selepas tempoh penamaan calon tamat jam 10 pagi ini, lima orang termasuk calon PKR Mansor Othman kini sedang menunggu proses bantahan selama sejam hingga jam 11 pagi.
Jika tiada sebarang penolakan, kelima-lima mereka akan bertarung menghadapi pilihanraya kecil DUN Penanti - kali ini tanpa persaingan sengit BN yang memutuskan untuk memulaukannya.
Proses penamaan calon mencipta sedikit kejutan apabila Kamarul Ramizu Idris - calon bebas yang hilang pertaruhan di Bukit Gantang, Perak - turut mencuba nasib di satu kerusi DUN di Pulau Pinang.
Tiga lagi calon bebas: bekas pemimpin Gerakan, Nai Khan Ari; bekas pemimpin Wanita PKR negeri Aminah Abdullah dan Mohd Saberi Othman.
Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang turut mengiringi calon PKR mendapat sambutan meriah dengan jeritan "bubar (DUN) Perak" para penyokong.
Tokoh-tokoh kanan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan tampil memberikan sokongan kepada Mansor.

No comments
Post a Comment