Melepaskan Diri Dari Cengkaman Gangguan Sihir & Jin - Bahagian 3
Daripada bahagian dua, saya telahpun berkongsi dengan pengunjung, berkenaan amalan-amalan kumpulan-kumpulan ayat pilihan. Tuan-tuan dan puan-puan, janganlah sesekali memilih untuk mencari yang termudah, dan janganlah sekali-kali memilih amalan yang membebankan diri sendiri.
Kerana apabila kita memilih-milih yang termudah, maka ianya ialah perasaan malas. Kerana malas, maka kita membinasakan diri kita. Tetapi apabila kita memilih yang sangat membebankan, kita akan mengabaikan tanggungjawab kita, dan menyebabkan kita tidak menunaikan hak kita kepada manusia, isteri,suami dan anak-anak.
Maka pilihlah amalan yang bersederhana, sesuai dengan maksud hadith nabi
"Orang yang sebaik-baik di antara kamu ialah yang bersederhana dalam seluruh hal"
Tuan2 & Puan2,
Amalan yang kedua , ialah bangun malam. Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan, Nabi Muhammad s.a.w , sehingga ke waktu tua nya, beliau bangun dan solat malam. Sehingga satu hadith diriwayatkan oleh Aishah lebih kurang begini
Berkata Aishah " Wahai Rasulullah, tuan ini dijanjikan oleh Allah ,terampun dosa yang lepas dan dosa akan dtg, mengapa tuan penat2 solat smpai bengkak kaki (oleh sbb terlalu lama berdiri"
Jawab Rasulullah " Wahai Aishah, apakah aku tidak menjadi orang yang bersyukur"
Tuan-tuan,
Ingatlah ketika Sultan Salahuddin Al-Ayubi hendak memilih tentera untuk bersama baginda membebaskan Kota Suci Baitul Maqdis, baginda bangun pada waktu malam dan lihat, mana2 tenteranya yang tidur , baginda halau. Baginda hanya memilih yang bangun untuk qiamulail untuk menyertainya dalam misi suci tersebut. Sehinga dikatakan hanya 10,000 tentera saja yang tinggal daripada 100,000 tentera.
Maka insyaAllah di dalam tulisan akan dtg, saya akan menulis kaifiat solat qiamulail yang saya pelajari dari Al-Fadhil Ust Ismail Kamus. Mudah-mudahan memberi manfaat. Didalam tulisan kali ini, saya akan berkongsi dengan tuan-tuan amalan-amalan sebelum qiamulail.
Sebelum Qiamulail
Tuan-tuan dan puan-puan
Bila disebut Qiamulail, secara literally bererti bangun malam. Bererti kenalah tidur malam tersebut. Maka sunnahnya, hendaklah kita tidur walaupun seketika. Banyaklah hikmah disebalik mengapa perlu tidur.
Maka diantara tatatertib sebelum qiamulail
1. Tidur walaupun sekejap
2. Sebelum tidur, hendaklah berzikir (Zikir Sebelum tidur)
3. Bangunlah sekitar jam 3 pagi dan ke atas.
Dengan ini saya berkongsi 2 amalan, iaitu amalan untuk mudah terjaga dan amalan zikir sebelum tidur
Amalan Mudah Terjaga
1. Surah Al-Kahfi Ayat 107-108
2. Surah Al-An'am, 103
Zikir Sebelum Tidur
Di dalam file pdf ini, ialah zikir-zikir yang diambil dari hadith2 yang sohih , ditulis didalam kitab Hisnul Muslim (Benteng Muslim) oleh As-Syeikh Sa'id Bin Ali Bin Wahaf Al-Qahtani. Di dalam pdf ini sendiri, dicatatkan dari kitab sunan mana hadith itu diambil
http://www.savefile.com/files/2111784
Maka InsyaAllah bersambung dimasa hadapan
Wallahualam
No comments
Post a Comment