Mengenang Ustaz Fadzil ketika bermuktamar
Oleh A. Shukur Harun
Muktamar Tahunan PAS Ke-55 bulan depan berlansung ketika kita mengingati tujuh tahun kepergian bekas Presiden PAS Almarhum Ustaz Fadzil Muhamad Noor, pemimpin besar gerakan Islam abad ini di rantau ini.
Kita mengingatinya bukan semata-mata kerana peribadi besarnya, tetapi kerana usahanya menjadi besar. Almarhum meninggalkan kita pada ketika kita sangat memerlukan lagi kepimpiunannya. Almarhum telah mengajarkan kepada kita akan erti berada di dalam jamaah Islam dengan segala cirinya, menyediakan peribadi pejuang yang berilmu, sabar, tekun, memiliki akhak yang baik, daya kepimpinan yang dinamik, terbuka dan berimej kontemporeri.
Secara kebetulan Muktamar kali ini akan berlansung pemilihan pucuk pimpinan peringkat tinggi baik peringkat Pusat, Ulama’, Pemuda dan Muslimat. Justru itu, langkah wajarnya dalam saat menjelang pemilihan ini kita merenung kembali kepimpinan cemerlang Almarhum Ustaz Fadzil untuk diteladani.
Beliau berkelulusan Universiti Al-Azhar Mesir, universiti terkenal yang melahirkan demikian ramai ulama di seluruh dunia. Bagaimanapun Almarhum Ustaz Fadzil bukan sekedar muncul sebagai ulama, tetapi juga sebagai ahli politik Islam kontemporeri. Inilah istimewanya beliau.
Justru itu sekembalinya ke tanah air, Almarhum telah diamanahkan memimpin PAS bersama teman-temannya berdasarkan keupayaannya sebagai ulama dan kemampuannya sebagai pemimpin. Selama berada dalam kancah politik, Almarhum segera belajar dan memahami dunia politik dengan segala keunikannya.
Almarhum telah mengharmonikan agama dengan politik, mengenengahkan politik berprinsip, menyuntik izzah atau harga diri kepada gerakan Islam atau parti Islam hingga menjadi terpandang dan dihormati oleh semua pihak.
Almarhum Ustaz Fadzil bercita-cita menerapkan nilai agama di dalam politik, sama seperti yang dilakukan oleh pemimpin Masyumi, Almarhum Muhd Natsir di Indonersia, walaupun berada di tengah ranjau dan simpang siur politik moden. Oleh itu, untuk melengkapkan dirinya ke arah itu, Almarhum tidak sekedar menekuni Al-Quran dan Hadis serta kitab agama, tetapi juga membaca pelbagai buku sejarah politik, kehidupan pemimpin politik pelbagai negara, berinteraksi dengan pelbagai pemimpin politik dalam dan luar negara dan mendedahkan dirinya kepada suasana kontemporeri.
Akhirnya, Almarhum muncul sebagai pemimpin terkemuka, di segani kawan dan lawan, berfikiran luas dan terbuka. Almarhum tidak takut menerokai jalan sukar penuh cabaran, namun cukup sedar dan peka dengan risiko yang diambil. Inilah yang mungkin dimaksudkan dalam ilmu kepimpinan sebagai ’Transformational Leadership’ – Kepimpinan Perubahan - yang lazimnya berbeza dengan ’Kepimpinan Populist’ (Populist Leadership) yang selalunya menantikan peluang, namun takut meneroka gelanggang dan laluan sukar, bahkan menunggu saja sokongan pengikut dan rakyat.
Sebaliknya, kepimpinan berteraskan prinsip dan visi yang jelas sepertinya, sentiasa berani melakukan ’ijtihad’ dan experiment, peka dengan risiko serta terus mendidik ahli, pengikut dan rakyat. Ini yang telah dilakukan oleh Almarhum Ustaz Fadzil semasa memimpin PAS.
Baginya ciri-ciri kepimpinan masa kini, walaupun asasnya sama iaitu memegang amanah dan tanggungjawab, tetapi pendekatannya sama sekali tidak sama dengan kepimpinan masa lalu kerana situasi berbeza, tingkat pendidikan masyarakat berbeza dan persepsi masyarakat juga berbeza.
Kepimpinan yang diperlukan masa kini, bagi Almarhum, ialah mereka yang mampu memahami dan memenuhi expectation rakyat, khusunya generasi baru. Kepimpinan yang gagal memenuhi expectation seperti ini, betapapun terkenal dan populer, namun ia gagal dalam memenuhi pengertian dan ciri-ciri kepimpinan masa kini.
Oleh itu, dengan menekuni pemikiran Almarhum Ustaz Fadzil ini, saya yakin di sini tidak berbangkit soal kepimpinan ulama atau kepmpinan profesional dan veteran. Yang menjadi perkiraan ialah individu yang berada di pentas kepimpinan itu sendiri mesti memiliki ciri-ciri tersebut. Oleh itu walau apapun hujah, pemimpin yang dipilih itu perlulah memenuhi expectation rakyat. Almarhum Ustaz Fadzil sangat prihatin dengan persoalan ini, justru itu semasa hayatnya Almarhum sentiasa berusaha memenuhi ciri-ciri kepimpinan ini.
Dalam suasana yang pantas berubah, Almarhum mengingatkan supaya kepimpinan ulama perlu membuktikan keupayaan mendepani masalah terkini umat dan negara, terutama yang menyentuh persoalan hukum.
Menurutnya, kepimpinan ulama perlu menginstitusikan budaya ilmu di kalangan ahli sehingga masalah qadhaya umat dan negara mampu digarap dan didepani bersandarkan ilmu dan penekunan pendidikan.
Almarhum Ustaz Fardzil mengingatkan, ulama tidak perlu terlalu syadid (keras) tetapi sempit dalam perkara yang tidak menuntut sikap yang sedemikian - khasnya dalam suasana negara yang bermasyarakat majmuk dan dalam perhubungan praktik antara amalan dan agama.
Almarhum mahukan PAS terus menduduki pentas perdana dalam politik nasional, seperti yang telah dilonjakkan parti ini di tengah-tengah persada politik tanah air. Tentu banyak risikonya, banyak rintangan dan hambatan, namun begitulah yang mampu kita baca pemikirannya. Sesungguhnya konsep ’constructive engagement’ kepimpinan baru parti ini adalah kesinambungan kepemimpinan dan fikrah yang telah disemai dan disuburkan oleh Al-Marhum Dato Fadzil Noor semasa hayatnya.
Beliau adalah ulama yang memililki ciri-ciri kepimpinan profesional, suatu contoh terbaik yang sewajarnya diteladani oleh para ahli baik ia dari kalangan ulama mahupun profesional dan veteran. Oleh itu dalam suasana Muktamar yang meriah dan berwarna warni ini mari kita mengenang dan mengamati kepimpinan teladan yang diserlahkan oleh Almarhum.
Pergerakan, kepimpinan dan hala tuju PAS sedang diperhatikan sungguh-sungguh oleh banyak pihak - dari kalangan kawan dan lawan, dari kalangan Islam dan bukan Islam serta mereka yang mencuba menaruh harapan kepada PAS untuk memimpin negara ini keluar dari kemelut politik, ekonomi, moral, pendidikan dan sebagainya.
Oleh itu waspadalah, kerana setiap perwatakan ahli, kata-kata dan hujah yang disampaikan serta keterampilan masing-masing sebenaranya seperti sebuah equarium yang sangat jernih airnya, di mana segala ikan yang bergerak, caranya berinteraksi dan sebagainya sedang disaksikan oleh ramai orang.

No comments
Post a Comment