MOHON RESTU RAKYAT?
Inilah ungkapan yang disuarakan di banner-banner jalanan ketika pilihanraya Bukit Gantang sebelum ini. Ungkapan ini dikepilkan bersama gambar Ismail, Zambry dan Najib. “Mohon restu rakyat”? Restu apakah yang ingin dipohon kalau hari ini beliau sekali lagi dinobatkan sebagai Menteri Besar Haram yang sah. Beliau jugalah yang menyebabkan kucar kacir di Perak. Beliau jugalah yang membuang karan rakyat Perak!
Saya tidak tahu lagi mengapa masih wujud penyokong BN hari ini walaupun Zambry sudah melakukan sesuatu yang keji pada hari ini? Mahkamah sudah putuskan bahawa Zambry adalah MB Haram yang sah. Sekiranya kita mengatakan mahkamah salah, orang BN pasti akan mengatakan “terimalah keputusan dengan berlapang dada”.
Zambry juga ketika kalah tempoh hari mengatakan bahawa beliau menerima keputusan mahkamah dengan berlapang dada. Mengapa hari ini kita tidak setuju dengan mahkamah? Penjelasan yang sesuai di sini ialah, orang yang jahat sepatutnya berlapang dada sekiranya orang mengatakannya sebagai jahat, tetapi orang baik mana mungkin dapat menerima sekiranya orang menuduhnya sebagai jahat.
BN akan berhujah dengan keputusan mahkamah. Namun, persoalannya, kalau benar Zambry berlapang dada ketika pengesahan Nizar dibuat, masakan dia membuat rayuan sehingga hari ini beliau pula yang menjadi MB? Sama sahaja. Mungkin BN ingat bahawa mereka yang menang adalah berada di atas kebenaran, tetapi anda jangan lupa, orang jahat pun selalu menang.
Saya teringat dengan kalam “mohon restu rakyat”, yang dipopularkan sebelum ini. Hari ini, anda perhatikan sendiri, rakyat manakah yang merestuinya sebagai MB? Siapakah yang dikatakan gila kuasa sekarang? Nizar sudah memberitahu sebelum ini, dia akan membubarkan dun sekiranya beliau menjadi MB. Tetapi belum sempat dibubarkan, Zambry kembali sebagai MB dalam masa kurang 7 jam!
Masihkah anda buta dengan kejahatan Zambry ini? Siapakah yang menzalimi siapa? Zambry MB Haram yang sah kerana kenaikannya sebagai MB tiada siapa yang mempersetujuinya. Entah bagaimana dia boleh bergelar MB. Adakah MB haram yang anda restui? Wahai penyokong BN, semakin lama Zambry bergelar MB Haram, semakin banyaklah dosa yang ditanggungnya.
Tidakkah anda menyayangi Zambry itu? Sekiranya anda menyayanginya, maka hentikan kezaliman yang dilakukannya. Saya tidak sanggup melihat beliau didoakan oleh semua makhluk di dunia. Zambry terdedah dengan doa-doa yang akan menjahanamkannya. Bayangkanlah sekiranya separuh rakyat Perak mengerjakan Solat Hajat untuk menjatuhkannya, atau memberi balasan yang setimpal… Apakah nasibnya selepas ini?
Artikel selepas ini, akan menceritakan bagaimana perlunya kita menyelamatkan beliau daripada ditimpa bencana daripada doa-doa yang mengutuknya….
Salam Perjuangan
Dr Fikrah

No comments
Post a Comment