Naib presiden: Ahmad Awang tarik diri

Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang menarik diri daripada mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Beliau adalah antara tiga naib presiden sekarang. Dua lagi ialah Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

ahmad awangMohamad telah mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden. Manakala Husam yang turut dicalon jawatan yang sama, belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Seramai 16 orang dicalonkan bertanding jawatan naib presiden kali ini - bilangan yang tertinggi dalam sejarah pemilihan PAS.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ahmad mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan naib presiden kerana ingin menumpukan kepada usaha-usaha dakwah.

Selain itu, katanya, calon-calon bagi jawatan tersebut lebih muda daripadanya dan sesuai untuk menggalas tugas naib presiden bagi membantu pucuk pimpinan parti.

No comments

Powered by Blogger.