najib baru tahu along ganas?

PM terkejut dengan kezaliman along

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melahirkan rasa terkejut dengan tahap kezaliman dan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh ceti haram atau along terhadap mangsa mereka yang gagal melunaskan hutang.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang negara terhadap along itu.

"Saya berharap rakyat Malaysia akan sedar dan jadikan kejadian ini sebagai iktibar kepada mereka untuk tidak sama sekali meminjam daripada along," katanya selepas mengumumkan unjuran rasmi kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekejaman ah long yang memperlakukan seperti binatang terhadap tiga lelaki dengan merantai leher dan kaki mereka kerana gagal membayar hutang, serta dikurung dalam 'lokap' buatan along. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.