PENANTI : Umno Anjur Lawatan Ke Negara Jiran




Pakatan Rakyat yakin rakyat akan memberi kemenangan kepada calonnya, Dr Mansor Othman walaupun Umno dan Barisan Nasional secara berselindung memberi sokongan kepada calon Bebas dan melakukan cubaan untuk membawa lari pengundi pada hari pengundian Ahad nanti.

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat mahu membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa ia mampu mengurus tadbir negara dengan lebih baik, telus dan lebih bertanggungjawab daripada BN.

" Umumnya kata Umno tidak bertanding, tetapi sebenarnya dia bertanding melalui proksi. Kita baca media perdana dan nampak sokongan mereka kepada calon Bebas. Saya beritahu Umno jangan selindung balik calon Bebas, patut turun di Penanti dan lawan" Kata Datuk seri Anwar.

No comments

Powered by Blogger.