ppp: presiden haram lawan presidin halal? woi kalut ribut BN


KUALA LUMPUR: Datuk M Kayveas menegaskan pemilihan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah sebagai Presiden baru Parti Progresif Penduduk (PPP) hari ini tidak sah dan menyalahi perlembagaan parti.

Kayveas ketika dihubungi Berita Harian Online di Johor Bahru, berkata, beliau masih Presiden PPP dan majlis yang diadakan di Putrajaya bukannya mesyuarat agung luar biasa (EGM) PPP tetapi majlis taklimat Murugiah mengapa beliau dipecat daripada PPP, sebelum ini.

"Hanya Setiausaha Agung PPP yang berhak memanggil EGM parti dan ini termaktub dalam perlembagaan parti.

"Lagipun, jumlah 1,000 orang yang hadir di Putrajaya itu, 99 peratus bukan ahli PPP," katanya.

Sehubungan itu, Kayveas akan mengadakan perjumpaan secepat mungkin dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mempercepatkan penukaran Murugiah daripada jawatannya dalam Kabinet kerana Murugiah bukan lagi ahli parti.

No comments

Powered by Blogger.