Puteri Umno Ibarat Habis Madu Sepah Dibuang

Kesian Wahai Sang Puteri









Amat kesian wahai Puteri UMNO. Ketika pilihanraya, tenaga mereka dikerah ke seluruh ceruk kampung. Kelihatan mereka nampak seronok dan ceria, mungkin kerana upah yang lumayan. (UMNO kalau tak de upah, kerja tak jalan). Bertambah pulak geng Puteri UMNO ni memang jenis 'gedik-gedik', jadi sesuai sangat dengan kerja merayu-rayu undi.

Tapi malang bagi puak Puteri UMNO ini apabila tiba musim pemilihan jawatan UMNO. Mereka tiada tempat di dalam UMNO. Puak yang 'tua' dari mereka, yakni sayap Wanita tidak memberi ruang dan luang kepada mereka. Mereka seolah-olah diboikot dan kadangkala seperti macam menghisap manisan tebu, habis manis, sepah dibuang. Wanita menganggap Puteri sebagai saingannya. Mereka mahu bolot semua jawatan.



Dua orang Ketua Puteri telah tewas dan tumpas. Sudah jatuh ditimpa tangga. Disisih dari parti dan jauh sekali menjadi menteri. Maka tinggallah ahli biasa sang Puteri, terkapai-kapai, tenaga diguna, jawatan diabai.

Ketua Puteri datang dan pergi. Kesian wahai sang Puteri.

Dicilok dari al-brangi

No comments

Powered by Blogger.