sekali ugut najib dah mula gelabah!

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA dan melompat parti menyertai pembangkang.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau ada berjumpa Dr Chua dua hari lalu dan perkara ini tidak timbul.

"Isu lompat parti ini diwar-warkan oleh pihak tertentu saja," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja 2009 peringkat kebangsaan di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini hari ini.

Najib berkata, beliau percaya Dr Chua adalah penyokong setia BN.

Semalam, Dr Chua tidak menolak kemungkinan akan melompat parti dan menyertai pembangkang kerana mendakwa semakin tidak berperanan dalam parti, termasuk sebagai Pengerusi Biro Pemantauan Dasar Kerajaan.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata beliau dipujuk untuk melompat parti sejak dikaitkan dengan skandal cakera video digital (DVD) rakaman aksi seks dan kemudian berulang selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden sebelum pujukan itu semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.


kahkahkah....wat malu kompeni je najib ni.kahkahkahkah..1malaysia tahu najib penipu!

No comments

Powered by Blogger.