SPR tunggu makluman rasmi Speaker Kelantan

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika dihubungi Barita Harian Online, pagi ini berkata pihaknya perlu menunggu makluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan berhubung kekosongan kerusi DUN berkenaan.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menunggu notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai daripada Speaker DUN Kelantan sebelum memutuskan pilihan raya kecil di kawasan itu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika dihubungi Barita Harian Online, pagi ini berkata pihaknya perlu menunggu makluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan berhubung kekosongan kerusi DUN berkenaan.

Beliau diminta mengulas mengenai kemungkinan pilihan kecil diadakan berikutan Adun Manik Urai, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, jam 5.55 pagi tadi, kerana sakit jantung.

Ismail yang mewakii Pas mula memenangi kerusi Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi tersebut, sebaliknya diwakili oleh Zamzuri Mat Lazim.

Namun Ismail dipilih semula bertanding di DUN berkenaan pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Beliau adalah Timbalan Yang Dipertua Pas bahagian Kuala Krai.

Manik Urai terletak dalam Parlimen Kuala Krai, yang turut mempunyai DUN Dabung, Guchil dan Mengkembang.BH

No comments

Powered by Blogger.