tarikh pilihanraya belum umum, umno kelantan buat perangai dah!

laporan MEDIA BYPASS

Mesyuarat Biro Politik Umno Kelantan yang berlangsung di Kota Bharu malam kelmarin langsung belum membincangkan siapa bakal menjadi calon pada PRK Manik Urai, sebaliknya hanya membabitkan perbincangan keadaan semasa di kawasan tersebut.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed ketika ditemui media, berkata Umno masih mempunyai masa yang cukup untuk menentukan calon, oleh demikian soal siapa calon masih terlalu awal.

Tok Pa yang ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut menegaskan adalah penting beliau mendengar terlebih bagaimana keadaan di manik Urai sekarang dan taklimat mengenainya telah disampaikan oleh Datuk Ramzi Abdul Rahman selaku Ketua Umno Kuala Krai.

"Kita belum sentuh soal calon, masih awal. Mesyuarat ini untuk kita tahu situasi politik semasa di Manik Urai," katanya.

Sementara itu, Datuk Awang Adek berkata tiada mana-mana pihak pun yang berhak desak parti tertentu untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum mahu pun pilihan raya kecil, lebih-lebih lagi dalam negara demokrasi ini.

Katanya, pihak pembangkang tidak patut putar belitkan kenyataan oleh Perdana Menteri yang tidak meletakkan calon di Penanti kerana keadaan PRK Manik Urai berbeza, ia diadakan kerana wakil rakyatnya meninggal dunia.

No comments

Powered by Blogger.