Ulama Indonesia benarkan Facebook


SURABAYA 22 Mei - Ulama Indonesia yang membincangkan bahaya populariti laman web rangkaian sosial Facebook, hari ini memutuskan bahawa umat Islam boleh menggunakannya untuk berhubung dengan rakan-rakan dan melakukan kerja, tetapi bukan untuk bergosip atau bermain cinta.

Fatwa itu dikeluarkan selepas mesyuarat dua hari badan ulama di negara yang memiliki penduduk beragama Islam paling ramai di dunia.

Sekitar 700 ulama bersetuju menyediakan draf garis panduan melayari Internet selepas menerima aduan mengenai Facebook dan beberapa laman web rangkaian sosial lain yang dikatakan menggalakkan zina, kata jurucakap penganjur, Nabil Haroen.

"Mereka memutuskan bahawa Facebook adalah haram sekiranya digunakan untuk tujuan bergosip dan menyebarkan fitnah.

"Penggunanya juga tidak boleh menanyakan soalan lucah atau apa jua cara yang menggalakkan kelakuan tidak beradab," katanya lagi.

No comments

Powered by Blogger.