Bodyguard Najib Yang Sombong, Atau ADUN MCA Yang Bongkak?
Oleh JEFRI ZACHARIAH
Tugas seorang pengawal peribadi atau dipanggil 'bodyguard' nampak macam macho dan glamour. Sehinggakan banyak penerbit filem Hollywood mengeluarkan filem yang menyentuh kehidupan seorang bodyguard dek kerana status jawatan itu yang sering menjadi tumpuan.
Namun ia tidak seindah seperti mana yang digambarkan di dalam filem, jawatan itu sebenarnya penuh dengan risiko dan dibahu mereka tergalas satu tanggung jawab yang sungguh besar. Apatah lagi sekiranya mereka adalah bodyguard kepada ketua pemerintah sesebuah negara
Mereka perlu bijak, mereka perlu tangkas, mereka perlu ada skill dan mereka perlu mempunyai kebolehan luar biasa khususnya sewaktu mempertahankan nyawa 'bos besar' mereka jika terjadi satu-satu peristiwa yang tidak diingini seperti penculikan, percubaan bunuh dan sebagainya.
Andai kata terjadi sesuatu peristiwa yang tidak diingini, bodyguard sampai satu peringkat perlu mempertaruhkan nyawanya demi keselamatan individu yang berada di bawah tanggung jawab mereka.
Ini tidak terkecuali dengan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. Terdapat sekumpulan pegawai dan anggota polis yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan beliau dan keluarganya, sesuai dengan jawatan yang disandangnya.
Mereka ini bukan sebarangan, majoritinya adalah anggota Unit Tindakan Khas (UTK), pasukan elit yang cukup terkenal dengan kemahiran dan keberanian yang tiada tolok bandingnya itu.
Namun peranan mereka mula dipersoalkan bila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mendakwa beliau gagal menyerahkan satu memorandum kepada Najib dalam Mesyuarat Agung Tahunan MCA Negeri Pahang baru-baru ini
Menurut laporan Sin Chew Daily, ADUN Damak, Lau Lee yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Pahang kesal dengan kelakuan salah seorang bodyguard Najib yang bernama Sulaiman
"Seorang pengawal PM menghalang saya ketika saya ingin menyerah memorandum kepada PM. Dia mencadangkan supaya saya menyerah kepadanya (pengawal PM), tetapi saya bertegas mahu menyerah dengan sendiri.
"Dia pula berkata, 'kalau nak, serah kepada saya sekarang, kerana jika pun diserah kepada PM, PM akan bagi kepada saya. Kalau kamu enggan serah kepada saya sekarang, saya akan buang memorandum kamu selepas PM serah kepada saya'," kata Lau Lee
Oleh kerana itu, Lau Lee menggesa agar Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Pahang, juga Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai membawa mesejnya ke dalam kabinet untuk disampaikan kepada PM. "Kalau boleh, pecat pengawal ini segera!"
Malah, menurut laporan China Press, Lau Lee dipetik berkata, "Saya menyerah memorandum kepada PM sebagai seorang ADUN, tetapi perlu mengharungi pelbagai rintangan, daripada polis, setiausaha, pengawal..."
Beliau juga berkata;
"Walaupun PM melaung-laungkan slogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan', tetapi setiausahanya, pembantunya, pengawalnya tidak ikut (menyahut seruan PM).
Dia hanya pengawal (bodyguard) Perdana Menteri, saya ADUN empat penggal!"
Amboi, begitulah marahnya Lau Lee dengan insiden itu.
Tetapi bagi aku, kemarahan Lau Lee ini sebenarnya menunjukkan yang dia sendiri yang buta dan buta perut!
Pertama, jika benar dakwaan itu, Lau Lee sepatutnya berterima kasih kepada Sulaiman kerana bodyguard itu sanggup menolongnya menyerahkan memorandum berkenaan kepada Najib sedangkan kerja mengutip memorandum BUKAN kerja seorang bodyguard
Kalau anggota US Secret Services (pasukan pengawal peribadi Presiden Amerika) tahu yang bodyguard PM Malaysia kutip surat dan memorandum, pasti mereka gelak terbahak-bahak
Tetapi sekurang-kurangnya Sulaiman sanggup 'merendah diri' kerana dia tahu dan faham bukan mudah untuk menyerahkan memorandum kepada PM
Malangnya niat baik Sulaiman itu disalahertikan ADUN yang tak sedar dek untung ini
Kedua, aku rasa memang logik Sulaiman berbuat demikian, bayangkan kalau surat itu mengandungi kuman Anthrax atau bahan letupan, siapa nak jawab?
Ketiga, apa bezanya serah memorandum itu pada PM atau pada Sulaiman?
Kalau Lau Lee was-was, Lau Lee masih boleh follow-up dengan pejabat Perdana Menteri atau paling tidak pun dia masih boleh meminta pertolongan Presiden MCA untuk bertanyakan status memorandum yang dihantarnya itu terus kepada Najib.
Keempat, apa hak Lau Lee nak minta Sulaiman dibuang kerja atau dipecat?
Tahukah Lau Lee, bukan mudah untuk melatih seseorang anggota polis apatah lagi untuk menjadikannya seorang bodyguard yang terlatih.
Jadi adalah tidak logik untuk kerajaan memecat Sulaiman hanya kerana insiden penyerahan memorandum tersebut
Kelima, bagi aku, kalau Sulaiman dilihat sombong disebabkan perbuatannya itu, apa kurangnya dengan Lau Lee sendiri?
Adakah hanya kerana dia sudah berkhidmat sebagai wakil rakyat selama empat penggal maka dia merasakan dirinya sudah hebat?
Adakah disebabkan Sulaiman hanya seorang bodyguard, maka Lau Lee merasakan Sulaiman tidak cukup layak untuk menyampaikan memorandum tersebut?
Bagi aku, Lau Lee lebih berlagak dan bongkak kerana mempertikaikan tugas dan tanggung jawab Sulaiman
Terbaru aku difahamkan Lau Lee menafikan pula yang beliau mengeluarkan kenyataan tersebut kepada dua akhbar Cina terbabit
Sekaligus menafikan yang Sulaiman telah bertindak biadap dan kasar terhadapnya
Apa sajalah YB, yang pasti kita dah tahu sekarang betapa angkuhnya sikap wakil rakyat MCA ini
mungkin bukan semua wakil rakyat MCA bersikap sebegitu, malangnya Lau Lee sudah termasuk dalam kategori tersebut!
[Sumber]

No comments
Post a Comment