Datuk Syed Hisham Akan Ketuai Kumpulan UMW Mulai 1 Okt

(Bernama) -- Kumpulan UMW Jumaat mengumumkan pelantikan Datuk Syed Hisham Syed Wazir sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan yang baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.

Beliau menggantikan Datuk Abdul Halim Harun yang bersara pada 30 September.

Abdul Halim berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dari 1990 hingga 2001 dan seterusnya sebagai Presiden dan CEO Kumpulan sejak 2001, kata UMW dalam satu kenyataan.

Abdul Halim bersetuju kekal sebagai Penasihat kepada Syed Hisham sehingga 15 November bagi memastikan Syed Hisham dapat menyesuai tugas dan menerima tugas.



-- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.