Gambar Khalid Digantung Di Kilang Carlsberg

SAYA tidak pasti apakah saya nak ucap tahniah atau tidak kepada ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, (foto) adik kepada bekas menteri, Shahrir Samad yang berjaya memecah rekod menjadi wakil rakyat pertama dari Pas yang melawat kilang arak, Carlsberg di Shah Alam Selangor. Pihak kilang juga mengakui sejak ianya ditubuh lebih 30 tahun lalu itulah kunjungan pertama dari seorang wakil rakyat.

Lebih bermakna lagi ianya dikunjungi oleh wakil rakyat parti Islam Pas. Khalid juga was-was dengan kunjungan itu. Seperti mana katanya (dalam blog beliau) ia mungkin mengejutkan banyak orang. Tetapi saya katakan yang saya tidak terkejut dengan kunjungan itu. Saya rasa juga orang lain termasuk Presiden Pas, Abdul Hadi Awang atau Muryidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga tidak terkejut. Mungkin mereka tersenyum saja membaca beritanya.

Ini kerana perubahan drastik dalam Pas sekarang ini terutamanya pembaharuan dan pendekatan yang dibawa oleh Khalid Samad sendiri. Sebelum ini beliau bukan saja berikhtikaf dalam masjid tetapi juga tidak segan silu menghampiri gereja. Semasa pilihan raya kecil di Sibu, Sarawak tidak lama dulu beliau turut mendekati gereja dan memberi risalah kepada orang ramai di situ.

Bukan saja Khalid pemimpin Pas lain juga turut sama masuk ke gereja. Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz Nik Mat juga masuk gereja. Bila gereja kena bakar tidak lama dulu mereka melawat dan menghulurkan simpati dan sedikit wang. Era Pas kini era masuk gereja. Era masuk ke dalam kuil hindu dan juga 'ketik' Siam. Tidak menjadi masalah. Kalau pemimpin lain boleh masuk gereja, kuil, ketik apalah sangat dengan kunjungan Khalid ke kilang Carlsberg itu.

Arak hanya boleh memabukkan tetapi tidak sampai boleh merosak akidah!

Jadi Khalid jangan risau, tidak ada siapa yang ingin marah kepada beliau. Atau merasakan politik beliau itu songsang. Bukankah Islam itu syumul dan luas. Ruang lingkup dakwahnya meliputi apa saja termasuk ke dalam kilang arak. Bukankah di zaman kehebatan Khalifah itu banyak gereja artodoks ditukar menjadi masjid. Jadi mungkin ada usaha untuk menukar kilang arak menjadi kilang tuak. Dunia politik itu sangat merindui kuasa dengan apa cara sekalipun.

Seperti mana kata Khalid dia mengujungi kilang itu dengan membawa mesej tertentu. Dengan kunjungan itu beliau tahu yang pekerjanya 300 orang, sebahagiannya umat Islam. Dia juga tahu bahawa kilang itu tidak akan dipindah kerana kosnya mahal. Maksudnya beliau ingin menyelesaikan masalah yang ditimbulkan kilang berkenaan sedikit sebanyak merosakkan imej partinya, Pas.

Jadi apakah manfaat atas kunjungan itu? Tidak terdengar pula Khalid meminta agar kilang itu dimusnahkan saja. Tidak ada. Cuma dia memberi tahu kepada taukeh kilang itu bahawa kewujudan kilang itu mencacatkan bandaraya Selangor. Dan dia pula mendapat bayangan dari taukeh itu yang mereka tidak akan pindahkan kilang itu. Itu saja.

Sepatutnya Khalid lebih berani dari itu. Misalnya beliau boleh cadangkan supaya kilang itu dipindah kalaupun tidak menutupnya terus. Khalid tahu ia mencacatkan Shah Alam. Jadi sebagai ahli aprlimen kenapa beliau tidak minta saja kilang itu dipindah dengan cuba mendapat peruntukan kerajaan Selangor membayar kos pindahnya. Khalid boleh memberi jaminan akan membantunya bagi mendapatkan wang memindahkan kilang berkenaan.

Pada saya lebih molek kalau kerajaan Selangor sediakan kos perpindahan, daripada kilang itu tercegak di situ menjadi mercu tanda yang tidak enak dilihat seperti mana dibayangkan Khalid. Walhasil balik asal kunjungan Khalid itu tidak membawa apa-apa perubahan melainkan beliau mencatat rekod sebagai ahli parliem pertama membuat lawatan bersama ahli-ahli majlis bandaraya.

Saya tidak tahu apakah dengan kunjungan Khalid yang sempat bergambar kenangan itu sebagai menandakan dia seorang ahli parlimen mesra kilang arak? Yang pastinya selepas ini akan tergantunglah gambar Khalid di kilang arak berkenaan.

Kunjungan atau lawatan muhibah Khalid itu nampaknya tidak menjadi masalah. Tidak banyak yang memperpanjangkan lawatan berkenaan. Barang kali kalau kunjungan itu dilakukan orang lain, semisalnya Hassan Ali mungkin lain jadinya. Begitu juga kalau Abdul Hadi Awang yang mengujungi lain jadinya. Ataupun kalau Idris Ahmad ataupun Tuan Ibrahim Tuan Man. Mungkin Pas terpaksa memanggil muktamar khas. Mungkin... kin.. kin... kinnnnn.

Mungkin sudah riuh randah dihebuhkan baik oleh Umno dan Pas sendiri. Mungkin sudah ada yang eksploitkan yang Hassan dan Hadi turut memberi sokongan membiarkan kilang itu tercongkol di situ. Tetapi kerana ianya dilakukan Khalid tidak ada siapa berani bercakap. Kerana Khalid dilihat sudah immune dengan hal-hal sebegitu. Apakah kunjungan itu tepat? Dan kenapa Hassan dan Hadi tidak mahu kunjung kilang arak itu ialah kerana nak elakkan gambar mereka di sangkut di kilang berkenaan.

Pada saya, kalau kunjungi itu tidak merubah keadaan ia tidak membawa apa-apa makna. Ia mungkin saja dianggap sebagai sikap terbuka ahli parlimen berkenaan. Saya tidak tahu, kerana malam ini ada majlis punggut derma yang mensasarkan untuk dapat RM20 juta, apakah kilang arak berkenaan juga akan menghulur derma dengan cara membeli meja? Saya tidak tahu. Assalamualaikum Tok Guru, bertongkat nampak!

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.