Istihar harta dosa bagi Hisham banding minum arak

Oleh Afrar Yunus

Hishamuddin Tun Hessein Menteri Dalam Negeri Malaysia yang dituduh kaki botol dan juga merupakan sepupu kepada Najib Bangsawan berkata bahawa cadangan untuk meminta semua menteri Malaysia mengistiharkan harta masing-masing adalah tidak sesuai dilaksanakan.

Sebelum ini, isu berkenaan sudah berkali-kali dibangkitkan oleh rakyat Malaysia.Terkini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Datuk Seri Abu Kassim Mohammed membangkitkannya pula

Abu Kassim bersetuju dengan cadangan bekas presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga supaya aset ahli-ahli politik terutama di kalangan anggota kabinet dan kehakiman didedahkan kepada umum untuk menunjukkan ketelusan.

Ianya seperti satu masalah besar bagi Hishamuddin. Agaknya perkara baik dan sifat integriti tidak perlu dimiliki oleh kabinet. Cuma rakyat Malaysia yang dikira 'bodoh' oleh Umno sahaja perlu meneriakkannya.

Bagi menteri-menteri penipu, ianya haram dilakukan.

Sebagai perompak, mereka hanya perlu melapor kepada ketua mereka sahaja iaitu Najib Bangsawan. Ini demokrasi ala Melayu Razak dan Melayu Hussein.

Jika rakyat tidak bangkit dan menterjah bangsawan-bangsawan ini, tunggu dan lihat Perdana Menteri Malaysia akan digilirkan sesama dinasti Hussein, Razak dan Mahathir.

Isi mereka yang makan. Kuah - rakyat bangang yang kena hirup. Samalah seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang - negeri kaya raya itu. Masyarakat awal Melayu dan Tamilnya kini kelihatan berjalan-jalan di Bukit Selambau.

Semua ini adalah angkara pemimpin Umno.

Mungkin istihar harta kepada rakyat merupakan dosa bagi Hishamuddin dan Umno berbanding minum arak - tidak ada apa-apa.

http://alkerohi.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.