Kenny Huang batal hasrat beli Liverpool

LONDON, 21 Ogos — Ahli perniagaan China Kenny Huang menarik diri daripada usaha beliau untuk membeli kelab Perdana Inggeris Liverpool, sekali gus menamatkan spekulasi yang berlarutan lebih dua bulan.

“Selepas pertimbangan secara mendalam, Kenny Huang dan QSL Sports sekarang menarik diri daripada proses membeli kelab Liverpool.

“Encik Huang secara rasmi telah memaklumkan Pengerusi Lembaga Kelab Liverpool,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan semalam. — Reuters

No comments

Powered by Blogger.