Khalid Nafi Jumpa Sultan Mengenai Kedudukan Sebagai Menteri Besar
Oleh Rusnizam Mahat
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan khabar angin pertemuan beliau dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini ada membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Besar.
Ini berikutan laman-laman web pro Umno yang menyebarkan khabar angin kononnya Sultan telah menasihati Khalid supaya berundur daripada jawatan beliau.
Menurut Abdul Khalid, pertemuan beliau dengan Sultan Sharafuddin berhubung urusan rasmi dan tidak menyentuh mengenai perkara berkenaan.
"Saya tak tahu, saya ada berjumpa dengan Sultan semasa Sultan memberi hadiah kepada Selangor Master, esok juga saya berjumpa dengan Sultan untuk acara-acara tertentu," kata beliau ketika ditemui Suara Keadilan.
Katanya, Umno tidak perlu melatah mengenai kedudukannya sebagai Menteri Besar memandangkan perlantikkan beliau ke jawatan itu merupakan mandat daripada rakyat.
"Saya ingat perkara ini tak perlu difikirkan oleh Umno sebab dia bukan Menteri Besar, dia kalau nak jadi MB, masa pilihan raya lah. Kita rasa kalau dia cakap macam ini, dia akan kalah lagi," ujarnya ringkas.

No comments
Post a Comment