MIC buat laporan polis dakwa Arjunan fitnah timbalan menteri

KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Badan Perhubungan MIC Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis berhubung tuduhan setiausaha Parti Keadilan Rakyat Ipoh-Barat M.S Arjunan terhadap Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M. Saravanan.

Penolong setiausahanya S. Rajah yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini hari ini berkata polis perlu bertindak terhadap Arjunan kerana melemparkan tohmahan dan fitnah tanpa bukti yang sah.

Di ibu pejabat polis yang sama, dua laporan dibuat berhubung kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya pegangan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara dikurangkan.

Laporan polis itu dibuat oleh Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Kongres India Muslim Malaysia Wilayah Persekutuan (KIMMA). — Bernama

No comments

Powered by Blogger.