Najib dah mula angin dengan UMNO Kedah dan Perlis.

Kata dua Perdana Menteri kepada kepimpinan UMNO Perlis, Kedah

KANGAR 20 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kata dua kepada kepimpinan UMNO Kedah dan Perlis supaya menamatkan segala bentuk persengketaan dalaman jika mahu membina jentera yang benar-benar kuat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.Utusan Malaysia 21/8/2010)


Barisan kepimpinan UMNO Kedah ternyata gagal berfungsi. Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Shafiee Apdal seperti loleh tak boleh membuat apa-apa perubahan.

Ini kerana hanya beliau yang tergonteng-gonteng keseorangan tanpa “backing” barisan yang kuat dan kukuh. Dari Timbalan Pengerusi Perhubungan sehingga kepada Ketua-Ketua Bahagian semuanya ada agenda mereka sendiri, mengembongkan poket masing-masing di masa kapal akan tengelam ini.

Penyakit hawar dan berak kapur yang melanda UMNO Kedah sejak dari pukulan hebat PRU12 lepas ternyata belum pulih seratus persen. Mereka masih lagi hebat “tutuh-menutuh” sesama sendiri di mana musuh semasa bertanding merebut jawatan di peringkat bahagian masih kekal menjadi musuh tidak berubah menjadi kawan.

Mahu tidak mahu Najib mesti tegas untuk merubah atau menyalin mereka ini dengan muka-muka baru sebelum Kedah menjadi 2nd Kelantan. Ini memandangkan rakyat sedang melihat luka-luka mereka ini sedang berulat merobok teruk.

p/s : MR memohon maaf kepada rakan-rakan bloggers yang mungkin kurang paham bahasa-bahasa loghat Kedah dan Penang yang agak pekat dalam posting kali ini. Sila rujuk kepada rakan-rakan dari utara kalau ingin memahaminya.

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.