Obama pertahan projek pembinaan masjid di New York

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama Jumaat lalu mempertahankan cadangan membina masjid dan pusat kebudayaan Islam berdekatan tapak kejadian 11 September 2001 di New York; iaitu projek yang dibangkang pihak konservatif dan penduduk bandar itu.

“Sebagai rakyat dan presiden, saya percaya penganut agama Islam mempunyai hak yang sama untukmengamalkan agama mereka sama seperti orang lain di negara ini.
“Ia termasuk hak membina tempat beribadat dan pusat komuniti di atas tanah persendirian di bawah Manhattan, mengikut peruntukan undang-undang dan Ordinan tempatan,” katanya pada majlis yang dihadiri diplomat daripada negara Islam dan komuniti beragama Islam di AS.
Click Here
Beliau berkata demikian buat pertama kali susulan perdebatan di seluruh AS yang semakin hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lalu.

Awal bulan ini, agensi bandar New York memberi laluan bagi pembinaan pusat komuniti yang turut dilengkapi bilik sembahyang, dua blok daripada lokasi kejadian 11 September yang poular dengan nama “Tanah Kosong”. - www.reuters.com

No comments

Powered by Blogger.