RM30 juta untuk pilihanraya Sarawak
KUCHING 7 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperuntukkan RM30 juta untuk mengendalikan pilihanraya Sarawak melibatkan 71 kerusi Dewan Undangan Negeri yang penggalnya berakhir pada Julai depan.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya juga sudah bersedia menghadapi pilihan raya itu yang boleh diadakan pada bila-bila masa tahun ini atau sebelum Julai tahun depan.
"SPR memang sedia sepanjang masa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih peringkat negeri, di sini hari ini.
Pada pilihan raya negeri yang berlangsung pada 2006, SPR membelanjakan RM31 juta dan sebahagian besar daripada peruntukan itu adalah untuk penggunaan helikopter bagi kawasan yang sukar dihubungi menerusi jalan darat dan air.
Mengenai gerakan mendaftarkan pengundi baru Abdul Aziz berkata, SPR mensasarkan pendaftaran 450,000 pengundi Sarawak yang layak.
"Setakat 31 Mac tahun ini dianggarkan sebanyak 34 peratus atau 479,553 warganegara yang telah berumur 21 tahun ke atas tapi belum mendaftar sebagai pemilih di Sarawak,” katanya. - Bernama

No comments
Post a Comment