Surat sokongan: Exco Ronnie Liu selamat, hanya diberi amaran

Oleh Clara Chooi


PETALING JAYA, 12 Ogos – Jawatankuasa disiplin DAP melepaskan Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu daripada tindakan tegas, sebaliknya hanya memberi amaran keras berhubung peranan beliau dalam isu surat sokongan politik.

Pengerusi jawatankuasa disiplin Tan Kok Wai berkata, Liu atas kapasitinya sebagai anggota pentadbiran kerajaan negeri seharusnya memikul tanggungjawab seimbang berhubung kontroversi itu, membabitkan bekas pembantunya Tee Boon Hock yang turut telah dipecat sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan juga dari parti.

“Kami tidak menemui sebarang bukti untuk menyokong dakwaan Tee terhadap Liu tetapi jawatankuasa masih mempertanggungjawabkan Liu atas apa yang berlaku,” kata Tan.

Oleh itu kata beliau, jawatankuasa memberi beberapa amaran keras ke atas Liu kerana didapati telah gagal menguruskan pejabatnya mengikut standard harapan orang ramai, kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa disiplin di sini petang ini.

Selain Liu, jawatankuasa itu juga mendengar keterangan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim.

Tan menambah, jawatankuasa disiplin tidak akan mengesyorkan agar Liu dipecat ataupun digantung berhubung peranannya dalam kontroversi surat sokongan politik.

No comments

Powered by Blogger.