YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Kenyataan Media 8 Ogos 2010

Kenyataan Media 8 Ogos 2010

“Tinggalkan UMNO-BN”

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya
memahami hakikat sebenar bahawa berlakunya salah urus dan penyelewengan oleh
Umno-BN sejak sekian lama terhadap kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera sebagaimana yang dimaktubkan dalam perlembagaan negara. Kegagalan
Umno inilah yang menyebabkan berlakunya ketirisan dan ketidakadilan, sehingga
yang menjadi mangsa adalah orang Melayu dan Bumiputera sendiri. Inilah
persoalannya yang menghantui rakyat dalam negara kita selama puluhan tahun sejak
negara mencapai kemerdekaan, di mana Umno telah bertindak menjadikan kedudukan
istimewa orang Melayu sebagai senjata untuk mereka mempertahankan Umno dan
merobek harta negara di atas nama hak keistimewaan orang Melayu dan kaum
Bumiputra.

Kepada orang Melayu di seluruh negara yang masih bersama Umno, sampailah masanya
kini untuk mereka membuat keputusan yang sangat penting kepada masa depan
generasi yang akan datang untuk bersama dengan PAS bagi melakukan perubahan yang
lebih adil, sesuai dengan keadilan Islam untuk semua.


Cukuplah kecelaruan kefahaman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh Umno
terhadap orang Melayu, dengan berlakunya pelbagai diskriminasi politik terhadap
orang Melayu sendiri. Sebagai contohnya, kita tidak sekali-kali lupa terhadap
tindakan merampas royalti minyak pada masa pemerintahan Kerajaan PAS di
Terengganu, dan kini di Kelantan, di mana ianya adalah keputusan diskriminasi
jahat yang dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno di ketika itu terhadap penduduk
negeri yang lebih dari 95% terdiri dari orang Melayu beragama Islam.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa kedudukan orang Melayu dan
kaum Bumiputera dalam perlembagaan negara sekarang perlu dipertimbangkan dalam
pelaksanaan sesuatu dasar, dengan syarat ianya tidak sekali-kali berlaku zalim
kepada kaum-kaum lain yang menjadi rakyat dalam negara kita ini. Inilah juga
yang dipersetujui dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat pada tahun yang lalu.

Kepada seluruh rakyat dalam negara kita ini, marilah terus bersama dengan PAS
dan Pakatan Rakyat untuk melakukan suatu perubahan dan keluar dari politik peras

ugut, untuk kita sama-sama merubah sistem kehakiman, kebebasan media, sistem
pilihanraya, keselamatan negara, dan sebagainya untuk melahirkan iklim politik
yang lebih adil dan aman di Malaysia.


Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

8 Ogos 2010

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.