apabila tajol GILA TALAK!!!!!

Tawaran kepada PAS, Bentuk kerajaan baru bersama Umno di Perak - inilah tajuk berita Utusan Malaysia 29/7/08. Sah Dato' Seri Tajol Rosli dan Umno Perak gila talak untuk berkuasa balik di Perak.
Iklan




Apa tidaknya Umno 27 kerusi dan MCA 1 kerusi, yang menjadi Menteri Besarnya ialah Dato' Seri�Nizar Jamaludin (PAS) yang dapat enam kerusi. Sebab itu bekas Menteri Besar Perak ini duduk perasan�masih berkuasa di Perak. Hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong cuba untuk memancing PAS untuk membentuk kerajaan.

PAS menang kerana sokongan rakyat yang benci dengan Umno-BN yang gagal menjalankan amanah ketika berkuasa. Mereka membiarkan rakyat hidup melarat dan mereka hanya memenuhkan tembolok dan perut masing-masing. Membiarkan rakyat melarat.

Kita tahu sudah ada beberapa percubaan untuk mengajak PAS membentuk kerajaan dan beberapa tawaran yang menarik selelpas PRU ke-12, sehingga menggunakan tokoh-tokoh agama untuk mempengaruhi PAS meninggalkan Pakatan Rakyat. Menggunakan bermacam-macam kaedah Usul Feqh 'Irtikab akhaffu dhararain' (mengambil antara dua darurat yang lebih ringan).

Apabila kalah Umno sudah pandai mencari kaedah Usul Feqh. Nampaknya pemimpin Umno-BN apabila kalah baru nampak cerdik. Keangkuhan tercabut apabila tidak ada kuasa. Sama seperti Dato� Zainudin Maidin bekas Menteri Penerangan yang paling cerdik di dunia.

Selepas PRU ke-12 dia kata supaya Umno lupakanlah�untuk tawan Kelantan. Sekarang tidak dengar suaranya langsung. Saya duduk tenguk juga dekat Sungai Petani, manalah tahu kalau dia sedang berniaga nasi kandar lepas kalah pilihan raya. Lepas kalah baru dia tahu Rabu, Khamis, Jumaat.

Di Perak, talak yang berlaku hari ini ialah talak tiga, bukan talak raj'i (boleh rujuk). Talak tiga�kalau hendak rujuk kena suruh bekas isterinya kahwin lain dengan lelaki lain dan bersetubuh kemudian bercerai, apabila habis idah baru boleh berkahwin. Itu pun kalau suami keduanya mahu cerai, kalau tidak gigit sikulah jawabnya.

Tajol Rosli kena ingat kemenangan Pakatan Rakyat hasil daripada perjuangan dan keringat pejuang kebenaran dan keadilan. Kemenangan yang diperolehi terpaksa mengorbankan tenaga, wang ringgit, dipukul oleh FRU, hidu gas pemedih mata, disepak dan ditendang oleh FRU.

Pejuang juga terpaksa berhadapan dengan samseng Umno-BN dalam setiap kali pilihan raya. Pejuang terpaksa bayar dengan harga yang mahal, kerana ada yang dibuang kerja, disekat gaji, disekat kontrak sehingga ada yang muflis, semuanya angkara kerakusan Umno-BN semasa berkuasa.

Kemenangan kami bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi penuh dengan onar dan duri. Tidak ada hajat langsung PAS untuk bergabung dengan Umno kerana kami tidak mahu dipagut dua kali dalam lubang biawak.

Biarlah kami jatuh bangun dengan Pakatan Rakyat dan rebah juga dengan semangat setia kawan. Berpegang dengan peringatan Nabi s.a.w., orang Muslim ia berpegang kepada janjinya. Oleh itu rakyat dan penyokong PAS jangan bimbang tentang PAS.

Parti kita ada organisasi yang mantap daripada Majlis Syura Ulama sehinggalah Syura yang paling besar ialah Muktamar PAS. PAS bukan hak milik peribadi sesiapa walaupun apa jawatan yang ia pegang, tetapi ia adalah milik umat dan ahli PAS.

Mungkin kami selesa kalau menerima tawaran bergabung dengan Umno. Itu hanya sementara sahaja siapa tidak kenal wajah Umno dan pemimpinnya. Kalau sesama� sendiri pun mereka tipu dengan politik wang sehingga BPR dipanggil masuk campur. Kami mungkin ditawar dengan nikmat dunia tetapi kami dilaknat dan disumpah oleh rakyat yang menyokong kami.

Kita ada prinsip hidup dan berjuang. Kalau kami mampu menjadi pembangkang selama 57 tahun sejak 1951, apakah kami hendak mengkhianat amanah umat kepada kami. Apakah kami sebagai pemimpin tertinggi di peringkat Pusat yang sudah berada umur separuh abad hendak kesenangan dunia yang sementara. Apa guna zaman kami senang, tetapi anak cucu kami akan kencing di atas pusara kami kerana mengkhianati perjuangan?

Pengalaman kami dalam BN dan ditendang 1977 banyak memberi pengajaran kepada kami. Apabila kami ditendang daripada BN organisasi kami lumpuh, berapa lama kami hendak pulih seperti ini. Ijtimak Ulama PAS yang dibuat di Pondok Pasir Tumbuh Kota Bharu selepas daripada PAS jatuh di Kelantan pada tahun 1978 untuk membawa balik PAS ke� pangkal jalan iaitu sebagai sebuah gerakan� Islam� dan parti politik.�Bermula daripada sinilah munculnya 'Universiti Terbuka' iaitu kuliah-kuliah yang disampaikan oleh pimpinan PAS dengan menanamkan ruh tauhid yang berjaya menjana kekuatan parti sampai hari ini. Markas-markas tarbiyah tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Bermula 1982 PAS di bawah kepimpinan ulama PAS berjaya kembali di landasan yang betul sehingga PAS disertai oleh golongan cerdik pandai. Sebelumnya PAS banyak didukung oleh tok guru pondok dan orang kampung biasa sahaja.�Memang PAS tidak kaya, ahlinya miskin, ahlinya ramai tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, tidak ada tauke arak atau judi yang memelihara kami, tetapi yang ada kepada PAS dan ahlinya ialah Islam. Yang boleh menukarkan kami ialah syurga dan pahala. Biarlah mati daripada hidup bercerminkan bangkai. - lanh _

No comments

Powered by Blogger.