Bubar Pas, Umno: Sengaja Dihebohkan Untuk Menutup Isu Lain

Bubar Pas, Umno : Siapa perangkap siapa
.

Mursyidul Am Pas , Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat telah melontarkan sesuatu yang tidak terfikir oleh umno.Beliau secara bersungguh-sungguh mencadangkan agar PAS dan Umno dibubarkan lantas disarankan sebuah parti baru yang berteraskan Islam ditubuhkan dengan penyertaan dari kedua-dua ahli parti yang dibubarkan tadi.

Tuan Guru cetuskan perkara ini adalah ekoran salahfaham isu Muzakarah yang sengaja ditimbulkan oleh Presiden Umno Abdullah Badawi bagi meninbulkan kegelisahan ahli-ahli Pas.Hasrat dan kerja Abdullah badawi sedikit sebanyak telah berjaya menimbulkan kegelisahan ahli Pas, malahan juga berjaya menimbulkan suatu suasana keraguan Pakatan rakyat yang ditimbul oleh Pakatan Rakyat.

Usaha Abdullah badawi ini tidak lain dan tidak bukan kerana usaha memujuk Pas untuk bersama umno membentuk kerajaan di Selangor dan Perak telah gagal dan ditolak oleh PAS, kerana menyedari itu semua adalah nafsu umno selepas ditolak oleh Rakyat dalam pru 12.

Kini salahfaham terhadap isu muzakarah sedikit agak reda selepas pimpinan Syura telah memutuskan di JKR 10 bahawa tiada lagi isu muzakarah, yang ada hanyalah Muqobalah.Namum begitu bagi meneruskan kegelisahan ahli Pas, pemimpin umno terus terusan menggunakan perkataan Muzakarah melalui akhbar-akhbar arus perdana.

Pemimpin peminpin umno terus menerus meniupkan isu ini, sekaligus sebagai serampang 4 mata. :

Mata pertama untuk menimbulkan kegelisahan ahli PAS- Ada kejayaan.

Mata kedua sebagai melenyapkan isu kenaikan harga minyak- ada kejayaan

Mata ketiga melenyapkan isu/kes Altanyuya- ada kejayaan.

Mata keempat meretakkan Pakatan Rakyat-ada sedikit kejayaan.

Melihatkan bertapa umno teru-terus bermain dengan isu muzakarah, Tuan Nik Abdul Aziz dengan ilmu mantik yang bagi saya amat tinggi telah melontarkan satu cadangan iaitu PAS dan umno dibubarkan lalu ditubuh sebuah parti baru yang berteraskan dan berlandaskan Islam.

Bagi Pas sendiri, kedua-dua Tuan Guru ini( TGHAH dan TGNA) selalu sangat telah menyebut bahawa PAS sedia untuk dibubarkan sekiranya Umno bersedia melaksanakan Islam yang syumul.

Maka terkebil-kebil mata pemimpin Umno, Abdullah dan Najib yang selalu sangat menyebut isu muzakarah kelu tidak bersuara. Hanya beberapa pemimpin bahawan yang menolak pembubaran umno dengan alasan umno kononya sudah islam.Kecuali seorang menteri yang sebelum ini telah memberi peluang Dato’ Seri Anwar Ibrahim berceramah secara live di TV melalui Debat khas, Ahmad Shabery Chek bersetuju dengan saranan Tuan Guru Nik Aziz tadi.

Kalau dalam isu muzakarah tempohari Abdullah cuba memerangkap PAS, kini nampaknya giliran umno pula terperangkap akibat daripada saranan pembubarn PAS dan Umno.

Ada juga ahli-ahli masih tidak faham dengan cadangan Tuan Guru ini, malahan Solahuddin Ayub Ketua Pemuda PAS sendiri menganggap ini adalah gurauan.Mana mungkin dalam isu yang begini besar Tuan Guru kita bergurau.

Sebenarnya ini lah hasrat Tok guru , ini perangkap tok guru untuk menempelak Abdullah Badawi dan pemimpin umno.

Ini lah masanya ahli-ahli Pas dikampung-kampung dan cawangan meyebarkan kepada umno bahawa parti umno akan dibubarkan oleh Abdullah Badawi dan semua ahli nya akan masuk Parti Islam.Walaupun sebuah Parti Islam baru akan ditubuh, percayalah dasar dan polisinya pasti tidak akan berubah dari apa yang dibawa oleh PAS sekarang, kerana Dasar PAS adalah Islam yang bertunjangkan Al-Quraan dan sesungguhnya Al-Quraan adalah satu.

-Ingatlah bahawa orang beriman itu tidak akan dipatuk oleh ular di dalam yang sama sebanyak dua kali.

Tapi seorang teman saya berkata” Kali ini kita menggali lubang untuk menangkap ular berbisa”

Ingat-ingatlah

Siapa Perangkap siapa?

No comments

Powered by Blogger.