PAS mengumpan , DAP menggempur , PKR Mengatur, UMNO terperangkap & Tewas

a
Melihat kepada percaturan – percaturan yang dihidangkan dalam satu minggu ni, ini adalah hanya satu teori peribadi sahaja............

Strategi bersama Pakatan Rakyat

Objektif

Melumpuhkan UMNO, tulang belakang BN, bagi merealisasikan pengambilalihan Putrajaya, dengan dan dalam keadaan selesa, menjelang 16 September, seperti yang di war – warkan oleh Ketua Umum PKR.

i. PAS mengumpan

Sudah beberapa ’umpan’ yang enak dihulurkan
  1. Muzakarah
  2. Muqabalah
  3. Parti baru , bubar UMNO & PAS
Tindakbalas UMNO sangat menyakinkan , dimana ’umpan’ yang dilemparkan disambar dengan penuh gelogoh oleh pimpinan semua lapisan , tertinggi hingga yang paling bawah

Muzakarah
, Dikelek ke hulu ke hilir , menjadi ratib dan wirik harian pimpinan tertinggi UMNO


Muqabalah
, Tidak ketinggalan , hampir seluruh pimpinan UMNO mengenggam erat dan menggigit mati perkataan ini sekarang , hatta ke Afrika Selatan


ii.
DAP menggempur

Dengan ’cadangan’ supaya keanggotaan PAS dalam Pakatan Rakyat , disyorkan supaya dinilai semula , bagaikan sudah dijangka bagaikan taufan dan puting beliung yang melanda Malaysia , seluruh ’think tank’ UMNO , daripada seluruh universiti diberikan slot yang istimewa , dengan pendapat dan fatwa – fatwa hebat.


Sayangnya , semua itu tidak disedari , mata kail terdapat dan membaluti umpan yang ditabur. Kesian , sungguh kesian dan malang , dek kerana sudah kelaparan dan kehausan , tidak sempat lagi untuk meneliti dan menyemak kualiti umpan yang ditabur.

Umpan disentap penuh gelogoh , melodeh dan membogelkan ’kemaluan’ dan kudis – kudis serta parut yang terdapat pada batang tubuh UMNO.


iii. PKR mengatur

Cuba perhatikan dan teliti , PKR senyap sunyi dalam kebisingan politik Malaysia , beberapa minggu lalu.

Ada yang tidak kena dengan PKR ?
Atau PKR sibuk dengan isu liwat 2 DSAI saja ?
Malas nak menyibuk soal PAS-UMNO ni ?

Paling hebat , strategi yang diatur oleh PKR , yang sebahagian besarnya terdiri dari bekas pimpinan UMNO/BN yang sudah tentu tahu , arif dan mahir dalam sepak terajang dan selok belok , serta rentak dan tari UMNO , memberikan ilmu dan pedoman buat PAS dan DAP dalam mencatur UMNO dan BN

Tutup

Khabarnya , UMNO perak tanpa rasa segan dan malu , cuba mengoda PAS , supaya ’BERSAMA – SAMA’ nya bagi membentuk kerajaan baru, tetapi ditolak mentah – mentah oleh Mbnya


Begitu jugalah yang berlaku di Selangor, PKR menolak sebarang usaha untuk ’mengeluarkan’ PAS dari Pakatan Rakyat.


Hebat sungguh strategi ketia – tiga ahli gabungan Pakatan Rakyat

Mungkin sekarang, UMNO/BN bertemu dengan ruasnya !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Siapa kata UMNO tu cerdik ?
Siapa kata hanya UMNO yang cerdik ?
Siapa kata UMNO tu betul - betul cerdik ?
Siapa yang berani kata UMNO tu memang cerdik ?


Kalau UMNO tu tidak cerdik , adakah bermakna UMNO tu bodoh ?

Betul ke UMNO tu Bodoh ?
Betul ke UMNO tu benar - benar Bodoh ?
Siapa berani kata UMNO tu Bodoh ?

No comments

Powered by Blogger.