Siapa Dr. Mohamed Osman?

PETALING JAYA: Daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, kini individu yang menjadi perhatian ialah pegawai perubatan Hospital Pusrawi - Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid - doktor pertama menerima kunjungan bekas pembantu khas itu pada 28 Jun lalu.

Sumber-sumber memberitahu mStar Online, Dr. Mohamed Osman mula bertugas di hospital berkenaan sejak setahun lalu.

Beliau merupakan pegawai perubatan yang berasal dari Myanmar dan pernah berkhidmat di beberapa buah hopsital kerajaan sebelum menjadi pegawai perubatan di Pusrawi.

Tambah sumber itu, Dr. Mohamed Osman telah mengambil cuti sejak seminggu yang lalu dan tidak diketahui di mana beliau berada sekarang.

Dr. Mohamed Osman menjadi perhatian kerana dikatakan telah mendapati tiada kesan Mohd. Saiful telah diliwat.

Semalam, portal berita Malaysia Today mendakwa polis telah menahan seorang doktor bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah, portal berkenaan juga mendedahkan salinan laporan pemeriksaan doktor di sebuah pusat rawatan swasta di Kuala Lumpur, menjelaskan tiada kesan meliwat terhadap bekas pembantu kepada Anwar, Mohd Saiful.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan polis menahan seorang doktor yang didakwa oleh portal berkenaan.

Ismail berkata polis telah pun merakamkan kenyataan Dr. Mohamed Osman berhubung laporan tersebut sebelum ia nya tersebar di internet semalam.

Beliau berkata, doktor lelaki tersebut antara 18 saksi yang sudah dipanggil untuk direkodkan keterangan sebelum ini.

No comments

Powered by Blogger.