Kelantan peneraju industri halal di Malaysia

Kelantan bakal menjadi peneraju industri halal di negara ini memandangkan majoriti penduduknya beragama Islam di mana sebahagiannya berminat dalam bidang keusahawanan.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob berkata, usahawan muslim di negeri ini perlu bergerak kehadapan secara proaktif bagi membantu kerajaan negeri merealisasikan Kelantan sebagai Hub Halal Malaysia.

"Ini bersesuaian juga dengan misi menjadikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara menjelang 2015.

"Hasrat kerajaan negeri itu bukan semata-mata mahu muncul sebagai jelapang makanan tetapi lebih penting sebagai pusat pengeluaran produk halal bagi pasara dunia Muslim yang kini mencecah angka 1.6 bilion orang.

Image"Sudah sampai masanya umat Islam menggembelingkan tenaga bagi merubah orientasi dunia agar produk halal keluaran orang Islam sendiri mendominasi dunia dagangan di negara ini dan antarabangsa," katanya pada penutup Karnival Halal Kelantan 2008 di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke IV dekat sini, malam semalam.

Ahmad juga berkata, sudah lama umat Islam dihanyutkan dengan penggunaan barangan keluaran orang bukan Islam yang diragui kesuciannya berasaskan syariat.

Karnival Halal Kelantan berlangsung selama seminggu bermula 23 Julai lalu dan berakhir semalam.

Karnival itu merupakan usaha kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) untuk menyediakan platform kepada pengusaha halal mengetengahkan produk keluaran mereka.

Selain itu mendedahkan masyarakat dengan informasi terbaru perkembangan industri halal di negara.

Timbalan Menteri Besar berharap karnival halal tersebut dapat memberi pendedahan mengenai perkembangan industri halal tempatan dan antarabangsa kepada masyarakat di Kelantan.

"Kita juga berharap melalui program seperti ini dapat membantu para usahawa terutamanya pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk melebarkan jaringan perniagaan dan sekaligus menambah pendapatan," katanya.

Beliau juga berkata, halal dan haram bukan hanya untuk makanan dan minuman, malah Islam meletakkan asas halal dalam konteks yang luas merangkumi segenap ruang kehidupan manusia.Image

�Bermula dari makanan minum, pakaian sampailah kepada hak pemilikan harta, perundangan, sistem pemerintahan, kesenian, kebudayaan, hiburan, sukan, perdagangan dan pergaulan mesti mematuhi batas halal dan haram yang digariskan syariat,� jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, menjadi tanggungjawab umat Islam di negara ini untuk mematuhi standard halal dengan rasa penuh tanggungjawab terutama usahawan yang terlibat secara langsung dalam industri halal.

Katanya juga Jaheaik merupakan badan yang bertanggungjawab menguruskan persijilan halal di negeri ini.

Pada pajlis itu Timbalan Menteri Besar diberi penghormatan melancarkan Skim Khairat Kematian CIMB AVIVA. Hadir sama Pengerusi Pupuk Nilai Murni Berhad, Haji Zulkifli Mamat, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan negeri. - mj _

No comments

Powered by Blogger.