Lagu Baru UMNO…Mari Kita Nyanyikan Bersama

APABILA UMNO BUBAR

Apabila Um..no bubar
Pm jadi khatib baca khutbah d Masjid Negara
TPM pulak hampar sejadah tepi kolam
Menteri Penerangan azan Subuh

Apabila Um…no Bubar
Jumaat jadi cuti umum
Cuti bersalin 90 hari
Denda speed track tiada lagi
Harga minyak jatuh lagi

Apabila Um…No BubaR
Jawatan hakim banyak ler kosong
Kes tertangguh fail bertimbun
Kurang ler penggangur
Jenayah pun turun

Apabila Um….No bUbaR
Tokey - tokey senang hati
Wang kopi tiada lagi
Simen pun cukup bangunan pun kukuh

Apabila Um..No bUbaR
Budak sekolah suka hati
Matematik Sains mudah dimengerti
Maklum ler dah tukar bahasa sendiri

ApaBila Um…No BubaR
Mak Cik - Mak cik susah hati
Harga makanan murah sekali
Berat badan makin meninggi
Takut suami cari pengganti

Apabila Um..No bUbaR
Polis makin senang hati
Tiada ceramah perlu di ‘rush’
Sekatan jalan tiada lagi
Hapus jenayah misi terpenting

aPabila Um..No bUbaR
Tokey Merc. susah hati
Hasil kereta kurang sekali
Proton mula mengambil tempat
Kereta tempatan pilihan MP

aPabiLa Um..No bubar
Tok Imam masjid susah hati
Solat jemaah dah tak boleh miss
Tukang pembela dah tak bawa ke Putrajaya
Cukup kuota kena ke MIna

Apabila Um..no bUbAr
Mat Rem-pit jadi gundah gulana
Sayap pemuda entah ke mana
Akhirnya rem - pit membawa diri
Berubah bertukar menjadi Mat Masjid

Bubar - bubarlah wahai Um..no
konon Berjuang untuk Melayu
Nama tubuhmu masih Inggeris
Ahli anggotamu tali leher besar betis
Perabot rumah kalian import eropah
Pakaian isterimu 80% made in sana
Anak menantu kalian cara hidup pun sama
Mana pergi kemelayuan kalian
jadilah kalian
‘WARISAN MELAYU TERAKHIR”

http://hanaladyengineer.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.