50 pimpinan tertinggi Pas di KL bincang isu muqabalah

KUALA LUMPUR 31 Julai – Seramai 50 pimpinan tertinggi PAS hari ini menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama bagi membincangkan isu muqabalah dengan UMNO di ibu pejabat parti itu di jalan raja laut di sini hari ini.

Mesyuarat yang dibuat secara serentak itu di pengerusikan oleh presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut hadir Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya Datuk Dr. Haron Din.

Menurut setiausaha akhbar kepada Abdul Hadi, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, mesyuarat itu dijangka tamat kira-kira pukul 2 petang.

Bagaimanapun mesyuarat hari ini tidak dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Parak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin. – Utusan.

No comments

Powered by Blogger.