Dikepung 20 lelaki

KLANG: “Kami bertiga baru keluar dari Kuil Sri Muniandy apabila tiba-tiba diserbu dan dikepung kira-kira 20 lelaki.

“Ada antara mereka melompat dan memijak belakang kereta saya, manakala yang lain memijak bahagian depan serta memecahkan cermin sisi,” kata Ahli Parlimen Klang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Charles Santiago di sini, semalam.

Charles ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Klang tengah hari semalam, selepas membuat laporan polis mengenai serangan terhadap dirinya, isteri serta pembantu peribadi, sejurus keluar dari majlis rasmi di kuil berkenaan di Taman Port Klang, tengah malam kelmarin.

Menurut Charles, sejurus dikepung, pembantu peribadinya, Sarah Devaraj, diserang dengan ditolak di dada sebelum diketawakan kumpulan samseng terbabit.

No comments

Powered by Blogger.