Karadzic tiru Glumac


GAMBAR ini menunjukkan wajah Karadzic (kanan) mirip Glumac (kiri).


BELGRADE - Akhbar-akhbar Serbia semalam menyiarkan semalam gambar-gambar seorang lelaki tempatan mirip suspek pemimpin Serb Bosnia yang mengetuai pembunuhan lebih 8,000 penduduk Islam Bosnia, Radovan Karadzic.

Karadzic yang mengetuai pembunuhan itu pada 1992 hingga 1995 di Bosnia berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa kira-kira seminggu lalu.

"Saya tidak mempunyai kaitan dengan Karadzic dan hanya melihatnya menerusi televisyen," kata lelaki itu, Petar Glumac kepada akhbar Alo!

Dalam satu laporan berita dengan tajuk di muka depan 'Radovan curi imej dan tenaga saya,' akhbar itu menunjukkan imej Glumac yang hampir mirip Karadzic.

Karadvic ditangkap di Belgrade, Serbia kira-kira seminggu lalu selepas lebih sedekad melarikan diri dari tribunal jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan menggunakan nama palsu, Dragan Dabic dan menyamar sebagai pakar perubatan alternatif.

Glumac yang dikenali oleh jiran-jirannya sebagai 'Uncle Pera' pernah ditahan oleh polis Austria di Vienna pada tahun lalu.

Penjelasan Glumac itu mampu menjelaskan kenapa akhbar-akhbar di Austria melaporkan detektif-detektif negara tersebut sudah menangkap Karadzic pada Mei 2007.

Glumac yang berumur 78 tahun itu menawarkan perkhidmatan alternatif untuk menyembuh pesakit manakala Karadzic dijangka dipindahkan ke Tribunal Jenayah Antarabangsa (ICTY) di The Hague lewat minggu ini. - AFP

No comments

Powered by Blogger.