Sasterawan Negara S.Othman Kelantan meninggal

" Sasterawan Negara yang ke-9, S.Othman Kelantan, 69, meninggal dunia tengah malam tadi di Hospital Serdang. Arwah yang diserang sakit jantung, paru-paru berair dan tekanan darah rendah. Khabarnya, akan dikebumikan tanah perkuburan di Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi.

Arwah yang pernah menulis novel "Juara" dan diadaptasikan oleh U-Wei Shhari kepada filem "Jogho" adalah tokoh yang memperjuangan sastera dan bahasa Melayu sejak dari zaman mudanya.

Dalam ucapan penerimaan Anugerah Sastera Negaranya pada 2003, arwah ada menekankan betapa pentingnya PPSMI dikembalikan ke dalam bahasa ibunda iaitu, bahasa Melayu.

Al-Fatihah!

No comments

Powered by Blogger.