Tunggu laporan guru sertai ratu pondan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPNK) mengenai seorang guru yang ditahan ketika menyertai pertandingan ratu cantik pondan di sebuah resort di Kota Bharu, Jumaat lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata penyiasatan bagi mengenal pasti latar belakang sebenar serta kesahihan kerjaya lelaki yang ditahan itu yang mendakwa dirinya guru, perlu dibuat sebelum sebarang tindakan diambil.

Katanya, pihaknya sebelum ini hanya mendapat maklumat media dan penyiasatan terperinci perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat sebenar.

“Maklumat awal mengatakan guru itu berasal dari Johor tetapi maklumat terbaru mengesahkan dia dari Kelantan. Jadi ketika ini kita sedang tunggu laporan dari JPNK sama ada benar lelaki itu seorang guru,” katanya ketika dihubungi, semalam.

No comments

Powered by Blogger.