bodoh polis punya keja

TIDAK IKUT SPESIFIKASI... Jabatan Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan perolehan peralatan tugasan dan operasi polis, bernilia kira-kira RM100 juta, yang tidak mengikut prosedur kewangan dan spesifikasi sejak awal tahun ini.

Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Komisioner Datuk Mashuri Zainal (gambar) berkata, penemuan itu dikesan oleh Jawatankuasa Kajian Perolehan yang baru ditubuhkan, mendapati sebahagian besar pembekalan tidak gagal menepati spesifikasi, menggunakan bahan-bahan kulit daripada khinzir, dan tidak memenuhi spesifikasi Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan dan Jabatan Kimia.

Perolehan itu membabitkan pelbagai jenis peralatan dan keperluan PDRM, antaranya lampu visi untuk kegunaan pilihan raya umum ke-12, pembelian topi keledar antirusuhan, papan tanda awas, papan tanda berhenti, katil besi satu tingkat, parang, kon trafik, kasut but operasi PSP dan kasut kawad lelaki. Ia telah dibekalkan dan sedang proses pembekalan oleh 14 syarikat secara terus ataupun secara kontrak tender. Malah sebahagian pembekalan adalah untuk pasukan polis ditugaskan di Timor Leste.

Dengan langkah pengesanan itu, kata beliau, pihaknya berjaya mengatasi masalah penyelewengan dalam pembekalan peralatan keperluan PDRM. Tiada syarikat yang dikenakan tindakan tetapi telah dirujuk kepada peringkat atasan.

"Jika peralatan berkenaan diterima dan diguna pakai, ia boleh menyebabkan bahaya kepada anggota polis yang bertugas, mungkin juga kepada orang ramai," katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, PDRM telah mengesyorkan kepada Kementerian Dalam Negeri supaya pembekalan syarikat-syarikat terbabit dihentikan ataupun ditamatkan.

Sekurang-kurangnya 12 orang termasuk anggota polis dan staf sivil telah ditukarkan dan disoal siasat berhubung perkara itu.

Kapsyen:

SEBAHAGIAN daripada peralatan dan keperluan PDRM yang dibekalkan tetapi tidak memenuhi spesifikasi ditentukan pihak berkuasa.

No comments

Powered by Blogger.