Saiful tidak diliwat - laporan perubatan

UMNO-reform |

Terkini : Media Arus Perdana sepi

Media Arus Perdana terus menyepi mengenai laporan Perubatan dan gagal berhujah segarang sewaktu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari atas tuduhan liwat Anwar Ibrahim ke atas dirinya. Paling kuat adalah Kementerian Kesihatan mempersoalkan bagaimana laporan peribadi itu boleh bolos seolah-olah impak laporan mengenai tuduhan palsu itu tidak penting. Sekali lagi Barisan Nasional khususnya UMNO parti dominan yang memerintah kerajaan tersepit dengan tindakan Polis menahan Anwar Ibrahim sedangkan laporan perubatan telah diperoleh dan doktor yang bertanggungjawab telah memberi keterangan mengenai laporan perubatan – ini yang dilaporkan oleh polis ( media hari ini) dalam menafikan doktor yang menjalani peperiksaan ke atas Saiful di tahan. Adakah ini tidak kelihatan seolah-olah ada yang tidak kena dalam isu kes liwat 2 – pertuduhan ke atas Anwar Ibrahim. Persoalan mengenai tindakan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terhadap isu Melayu kini seolah-olah diketepikan kerana wujud tuduhan konspirasi 2 ke atas Anwar Ibrahim. Kita kena jujur – kerana sekiranya ini berlaku kepada kita, yang mahu adalah keadilan dan ketelusan.

Namun apa yang kelihatan – apa yang dilakukan – mengertikan konspirasi. Tidak ada kenyataan yang konkrit dibuat untuk menunjukkan positivisme kerajaan – untuk mendapatkan keadilan atau mahu mengetahui kebenaran. Lebih banyak kenyataan negativisme dalam penemuan laporan perubatan Saiful yang mengatakan beliau tidak diliwat – lebih kuat menunjukkan konspirasi. Ini adalah pembacaan umum yang boleh di buat berhubung dengan kes ini. Mereka akan bertanya atau setidak-tidak media Internet akan terus memainkan isu – Anwar ditahan dengan begitu gerun sekali – sedangkan laporan perubatan Saiful menunjukkan beliau tidak diliwat dan Saiful masih selesa dengan tuduhan yang secara asas hari ini adalah palsu. Dakwaan dokumen laporan kesihatan tidak sahih – kemungkinan dengan lain palsu sepatutnya tidak mengundang siasatan terperinci kenapa laporan itu boleh bolos dari Hospital Pusrawi dan kenyataan Kementerian Kesihatan untuk meneliti profesionalisme Hospital tersebut.

Media Arus Perdana jangan mainkan langkah ortodoks seperti sedia kala. Ini akan hanya mengundang ketidaktelusan mereka – mengundang tuduhan konspirasi kerajaan terhadap Anwar – menjarakkan kepercayaan ramai terhadap media kita hari ini. Setidak-tidak kita perlu menunjukkan sikap yang lebih terbuka sebelum kerajaan ini – terikat dengan tsunami seterusnya. Jangan pula timbul laporan kesihatan 2 dan doktor yang sama. Perbuatan dan langkah tidak tepat sudah memberi loncatan pada Anwar Ibrahim dan dakwaan teori konspirasi 2 seakan sudah nampak sahih. Sekiranya benar – konspirasi 2 – macam mana perhubungan PAS dan UMNO – adakah muzakarah diteruskan?

No comments

Powered by Blogger.