Kemurnian Akhlak Pada Pimpinan Islam diwarisi Oleh Pimpinan PAS

 Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa kemurnian akhlak pimpinan Islam terdahulu adalah amalan yang diwarisi oleh pimpinan PAS. Pimpinan PAS akan terus mengawasi sifat-sifat ini kepada setiap pimpinan Negeri, Kawasan dan Cawangan.

Dalam keadaan dunia penuh dengan fobia terhadap Islam, PAS akan terus berpegang kepada dasarnya dengan mengikut ajaran Islam yang murni

Demikian ditegaskan oleh Presiden PAS itu di dalam Konvensyen PAS Perak yang ke 13 di Ipoh pada 26 Julai yang lalu.

Kejatuhan kerajaan Islam yang lalu adalah kerana pimpinan yang tidak beramal dengan Islam. Dasar-dasar Komunis, Kapitalis, apartheid, masih diamalkan oleh pimpinan-pimpinan Barat dan Timur sedangkan Islam telah dilaksanakan berabad-abad lamanya dengan ajaran Islam yang murni, yang diterjemahkan melalui pemerintahan Islam dengan undang-undang Islam yang adil.

Orang-orang Islam diajar takut kepada Tuhan, bukan kepada BPR atau polis. Inilah yang diajar dan dididik di dalam PAS.

Beliau juga menyebutkan bahawa diantara hukum QISAS dalam undang-undang Islam dengan hukum bunuh dalam undang-undang civil, ternyata undang-undang Islam lebih adil dan berkesan jika dibandingkan dengan undang-undang civil, walau pun terdapat persamaan di dalam hukum bunuh balas bunuh.

Beliau menyebutkan ini dihadapan lebih 800 orang ahli konvensyen termasuk wartawan, tetamu undangan daripada pimpinan DAP, Keadilan, wakil Persatuan Perniagaan Cina, wakil masyarakat Orang Asli dan juga Kelab Penyokong PAS Perak.

No comments

Powered by Blogger.