Kelantan jadi contoh negeri bersih rasuah

KOTA BHARU: Kakitangan kerajaan di Kelantan perlu menjadi contoh kepada rakan sejawatan mereka di negerinegeri lain dalam mengamalkan kerja beretika dan mengelak melakukan rasuah dan penyelewengan, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Aiseri Alis.

Teladan kerja yang baik dan amanah dapat melahirkan sebuah negara yang bersih dan stabil, katanya ketika berucap pada perasmian Seminar Pengukuhan Integriti kepada Anggota Perkhidmatan Awam (Penguatkuasaan) Kelantan di sini hari ini.

Seramai 500 kakitangan awam termasuk dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan agensiagensi penguatkuasa yang lain menyertai seminar itu.

Aiseri berkata gejala rasuah berlaku bukan sahaja di sektor awam tetapi juga di sektor swasta yang banyak berurusan dengan orang awam. BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.