MALAYSIA-CHELSEA...

MALAYSIA-CHELSEA... Chelsea mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Pilihan Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini. Kelab terkemuka Inggeris itu berada di Malaysia selama tiga hari sejak kelmarin sempena Siri Jelajah Asia-Malaysia 2008.

Kuala Lumpur merupakan destinasi terakhir Chelsea dalam Siri Jelajah Asia selepas mengadakan kunjungan dan perlawanan persahabatan di Guangzhou dan Macau di China minggu lepas.

Perlawanan persahabatan antara pasukannya dan Malaysia sebagai persediaan sebelum beliau menentukan barisan pemainnya untuk mengharungi Liga Premier Inggeri musim depan. Chelsea menewaskan Guangzhou Pharmaceutical (40) pada 23 Julai dan Chengdu Blades 70 di Macau pada 26 Julai. Mereka akan berdepan Pilihan Malaysia di Stadium Shah Alam sebelum menentang Lokomotiv Moscow.


Kapsyen:

SOKONGAN peminat-peminat setia Chelsea ketika ia mengadakan latihan ringan di Stadium Shah Alam semalam. - foto The Star oleh EHFAN SHAH

No comments

Powered by Blogger.