Anda Nilailah Sendiri Apa yang Hamba Allah Ini Sedang Merapu..

Laporan perubatan bukan asas gugur kes Anwar

29/07/2008 4:55pm

.

KUALA LUMPUR 29 Julai – Laporan perubatan sebuah hospital swasta yang mengatakan pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak pernah diliwat tidak boleh dijadikan asas untuk menggugurkan sebarang dakwaan terhadap Anwar berhubung kes itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, polis masih perlu meneruskan siasatan kes liwat itu sehingga kesemua bukti berkaitan dapat dikumpul dan dinilai.

Kata beliau, siasatan kes liwat itu perlu diteliti dan tidak boleh dihentikan berasaskan satu perkara sahaja.

“Lagipun belum ada dakwaan rasmi lagi (terhadap Anwar oleh pihak polis). Jadi mana timbul soal hendak menggugurkan apa-apa dakwaan lagi,” katanya pada sidang akhbar sempena Persidangan Antarabangsa Berkaitan Islam Di dalam Media di sini hari ini. – Utusan.

No comments

Powered by Blogger.