Di Melaka konsert boleh, baca Yassin pun boleh
Tanggal 15 April ini Bandar Raya Melaka akan menyambut ulang tahunnya yang kelima. Syabas diucapkan kepada KM Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam; Datuk Bandar, Yusof Jantan; pemimpin politik, pegawai kerajaan dan seluruh penduduk serta rakyat negeri Melaka.
Pelbagai acara diadakan sejak muncul bulan April sehingga kini untuk memeriahkan sambutan itu. Saya menyambut baik majlis yang positif tetapi tersangat sedih dan kesal apabila perkara baik dicampurkan dengan yang kurang baik.
Misalnya pada 6 April lalu diadakan Konsert Jomheboh di MITC Ayer Keroh. Maka terkinja-kinjalah anak-anak muda Melaka termasuk yang merempit ke lokasi konsert dan kemudian merempit balik selepas jam tengah malam. Mereka bercampur bebas lelaki-perempuan. Budak-budak yang ikut mak bapak mereka berhibur, tidak ingat dunia. Ramai yang ponteng sekolah pada hari berikutnya, Isnin.
Bukankan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria sudah mengharamkan konsert ini. Kenapa tidak ikut cakapnya? Dulu kerajaan Perak pimpinan Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali tidak mengendahkan cakap mufti ini, akhirnya dia dengan kerajaan Umno-BN-nya 'bungkus' digantikan kerajaan Pakatan Rakyat. Apakah kerajaan Umno-BN pimpinan Mohd Ali mahu 'bungkus' juga?
Pada malam Jumaat (17 April) ini banyak masjid-masjid di Melaka akan mengadakan majlis bacaan Yassin sempena sambutan ulang tahun Melaka sebagai bandar raya selepas arahan pihak berkuasa. Ini yang saya pelik ini, kejap adakan pesta hiburan, tidak lama kemudian buat majlis agama pula.
Adakah yang baik dan buruk boleh dicampuradukkan? Adakah seorang manusia itu kejap boleh jadi baik dan kejap boleh jadi jahat. Inilah namanya amalan sekular. Pergi masjid buat-buat alim, kemudian pergi konsert, bukan main 'rocking', bebas bergaul lelaki-perempuan.
Inikah cara hidup anak-anak muda yang mahu dilahirkan KM Melaka supaya Umno-BN boleh kekal dulu, kini dan selamanya? Terbukti sudah orang Melayu Melaka menolak perjuangan PAS pada pilihan raya lalu. Saya tersangat bimbang akan rosaklah anak Melayu, dirosakkan oleh pemimpinnya sendiri. - lanh

No comments
Post a Comment