Pemilik beg berisi RM1.2j dicari
PETALING JAYA 24 April - Polis masih menyiasat penemuan sebuah beg berisi wang tunai RM1.2 juta yang ditemui di dalam bilik persalinan sebuah gimnasium di Subang Jaya dekat sini pada 18 April lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya belum menemui sebarang bukti untuk mengaitkan wang tersebut dengan mana-mana pihak.
Katanya, polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 22 Akta Polis 1967 iaitu harta yang tidak dituntut.
"Polis belum dapat mengenal pasti pemilik wang ini dan ia juga tidak dituntut oleh mana-mana pihak. Kita akan menyimpannya untuk tempoh tertentu dan jika tiada pemilik, polis akan serahkan kepada kerajaan," katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas perkembangan siasatan kes penemuan beg berisi wang pada 18 April lalu oleh seorang penyelia yang hendak menutup operasi gimnasium di Subang Jaya kira-kira pukul 12 tengah malam.
Khalid berkata, hasil siasatan polis di gimnasium itu juga gagal menemui sebarang bukti untuk mengenal pasti pemilik wang berkenaan.
Katanya, tiada kesan cap jari ditemui pada beg tersebut manakala rekod kemasukan pelanggan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu juga tidak banyak membantu siasatan polis.

No comments
Post a Comment