UMNO kena bodoh dengan MCA dan GERAKAN


"Hisham dan UMNO sebenarnya terperangkap dalam ‘permainan’ MCA dan GERAKAN sebelum PRU 12 yang lalu berkaitan isu mencium dan menjulang keris. Hari ini Hisham mengesahkan kekalahan dalam ‘game’ tersebut dengan memohon maaf. Apa perlunya memohon maaf jika kita orang Melayu memahami salah silah keris itu sendiri? Inilah akibat pejuang yang berjuang membuta tuli atau sekadar menyebut perjuangan dibibir saja tanpa memahami apa yang diperjuangkan. Nampak sangat kelemahan Pemuda UMNO, sayap kepada UMNO.


Ritual mencium dan menjulang keris dalam masyarakat kepahlawanan Melayu hanya berlaku dalam dua situasi iatu semasa menerima keris tersebut dari Raja/Sultan yang mana sifatnya lebih kepada menghargai kurnia tersebut dan menghormati kedudukan keris itu.

Manakala dalam situasi kedua ialah apabila seseorang pemilik keris itu menjaga keris tersebut secara ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam ( berlaku sebelum kedatangan Islam dan awal kedatangan Islam), iaitu memperasapkan keris dengan kemenyan, memandikan dengan limau dan dibungkus dengan kain kuning sebelum keris tersebut disimpan ditempatnya, samada di dinding atau di para atau di dalam almari. Semasa ritual memandikan keris ini, si pemilik akan mencium keris sebelum memasukkan ke sarung dan seterusnya disimpan.

Namun begitu, dalam situasi pertarungan, seseorang pahlawan tidak mencium keris, sebaliknya terus menghunus dan bersedia untuk bertarung. Begitu juga dalam cabaran untuk bertarung, keris tidak dicium dan dijulang.

Jadi dakwaan Hisham mencabar kaum lain melalui aksi mencium dan menjulang keris adalah tidak benar dan tidak perlu memohon maaf. Hisham khususnya, Pemuda UMNO dan UMNO sendiri amnya telah kena main. Padan muka!



Manakala tindakan Najib mempertahankan tindakan Hisham tidak lain untuk 'menghalalkan' perbuatan dayus tersebut. Secara tak langsung ia mengambarkan kedengkelan pemikiran Najib sendiri dalam isu ini.

No comments

Powered by Blogger.