Anwar di Parlimen iringi isteri
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau gembira kembali ke Parlimen hari ini selepas 10 tahun dan berasa selesa walaupun sekadar mengiringi isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.
Beliau berkata ia adalah satu permulaan buatnya dan beliau akan tetap berada di situ.
"Keseluruhan Parlimen kini lebih baik tetapi tradisi dan suasananya tetap serupa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis santapan bersama Raja Permaisuri Agung Tuanku Nur Zahirah selepas perasmian penggal pertama Parlimen ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.
Dr Wan Azizah menghadiri jamuan bersama Tuanku Mizan dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ditanya apa perbezaan semasa beliau duduk di kerusi pasangan anggota Parlimen berbanding kerusi sebagai anggota Parlimen sebelum ini, beliau berkata 10 tahun adalah masa yang panjang dan membuatkan dirinya berasa rendah diri.
Ditanya kemungkinan beliau menjadi anggota Parlimen, Anwar berkata: "Oleh kerana saya sudahpun ada di sini, saya tidak lagi akan menoleh ke belakang. Saya fikir tak banyak masalah tapi kita bincang dululah dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat. Terlalu awal sekarang."

No comments
Post a Comment